April 23, 2014

Petua Menambah Berat Badan

Ramai yang mencari kaedah atau petua untuk kurangkan berat badan. In fact, kalau ikut statistik laman petuatradisional.com nie petua kedua paling banyak dibaca (setakat 31 Ogos 2011 nie) ialah petua kuruskan badan.

Tapi uols tahu tak bahwa ramai juga orang yg ada isu tak cukup berat nie.. hehe.. Badan sekepiang gitu.. sampaipetua menambah berat badan kekadang orang kata tak cukup zat pula..

Pada masa yg sama, tentu saja ramai yang memuji.. mungkin ada kawan-kawan yg cemburu sebab body kita ala-ala model gitu.. Walhal, kalau nak diikutkan kebanyakannya tu bukannya amalkan ‘diet’ pun.. Makan takde pantang-pantang pun, ikut selera lidah jer.. siap tambah dua tiga kali tuh..  hehe..

Kata orang, orang yang biasanya makan takde pantang-pantang tapi badan tetap slim nie selalunya sebab kadar metabolisme nya tinggi. Sedap tulah diaorang nie makan banyak mana pun, body akan tetap maintain jer..

Anyway, mungkin ada di antara korang yang berbadan ‘langsing tak ingat’ nie sedang tercari-cari petua nak tambah berat badan sikit.  Mungkin dah bermacam cara dicuba tapi berat badan masih tak naik-naik.. Jadi, hari nie che petua nak kongsi satu petua tambah berat badan.

Petua Menambah Berat Badan

Bagi sesiapa yang ada masalah untuk menambah berat badan sebaiknya elok pergi check ngan doktor. Manalah tahu kan kot-kot sebab banyak sangat cacing kat dalam badan tuh… Tapi kalau dah pun berjumpa doktor, dah tu doktor kata tak ada apa-apa masalah pun ngan badan korang.. mungkin boleh dicuba petua nie..

Amalkan minum air nasi sebanyak dua kali sehari untuk menambah berat badan.  M.O.nya ialah bila masak atau tanak nasi tu, bila air dalam periuk nasi tuh dah mendidih, cedok airnya lebih kurang satu gelas. Biar air nasi tuh menyejuk dengan sendiri dan minum airnya setiap pagi dan petang.

Kalau rasa air tuh cam tawar sangat, korang boleh tambah sikit gula untuk menambah perisanya.

laman petua:

petua menaikkan berat badan, PETUA GEMUK, tambah berat badan, petua tambah berat badan, menaikkan berat badan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. imane says:

    aku dah lama menderita dgn bdn aku yg kurus kering ni..tgk org lain pkai bju lawa je,body mantap! tapi aku??sekeping.. aku nk try la mnum air beras tp confirm mnjd ke?selera mkn x de mslh tp x gemuk2 jgk..

    • che petua che petua says:

      Menderita..? Ishh… jangan lah sampai rasa macam tu. Setiap sesuatu tu mesti ada hikmahnya.

      Bab menjadi ke tidak tu, takde kepastiannya. Umpama kita melihat awan hitam di langit tak semestinya lagi hari nak hujan. Petua minum air beras tu saya fikir antara lain ialah supaya khasiat yang terkandung dalam beras tu dapat diserap terus ke sistem tubuh badan.

      Mungkin anda dah sedia maklum, orang yang makan banyak tapi badan tetap maintained jer.. itu ada kaitan ngan metabolisme badan. Orang yang gemuk biarpun makan sedikit lazimnya kerana kadar metabolismenya rendah.

      Hmm.. satu lagi tips nak naikkan berat nie ialah cara makan. Cuba makan sedikit tetapi kerap. Contohnya selang 2-3 jam sekali. Trick ini sesuai untuk orang yang metabolisme tinggi, bilamana badan belum habis lagi memproses dan membakar lemak, kita tambah pula dengan makanan lain.

      Cubalah dan terus berusaha kalau nak badan yang ‘mantap’ tu.. kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

  2. syed says:

    Salam 1 malaysia…disebabkan terdapat terlalu ramai yang bertanyakan tentang dimanakah hendak membeli
    Produk gemuk Ban Kah Chai Ginseng Plus Zheng Fei Capsule jadi saya terdetik untuk membantu kamu semua membeli produk ini dengan cara saya membeli di kedai ubat cina berhampiran rumah saya dan poskan kepada kamu semua (jika masih ada yang tidak tahu nak beli kat mana).Bayaran pos ditanggung kamu Cuma upah sahaja saya rm3 (minyak motor+masa+nak ke pejabat pos+ nak membalut)

    Rujuk link dibawah,untuk rates penghantaran dan track & trace penghantaran pos laju

    http://www.pos.com.my/pos/appl/fast_mail_rate.asp
    http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

    1 kotak (50 biji) saya beli hari tu di kedai ubat cina RM 21.90 (tak termasuk kos penghantaran)
    Contoh: beli 1 kotak-penghantaran semenanjung Malaysia ( RM 21.90+RM 4.50 (penghantaran)+RM3 (upah)= RM 29.40)

    nanti mesejkan nama + alamat +jumlah order ke 019-9551296 (syed)- (nanti saya reply nombor bank untuk bayaran)
    produk halal.insyaallah…rezeki dari allah

  3. bam bam says:

    nk gemokkk …tlg!!!! asik kene kutuk papan anjal..sedih taw

    • che petua che petua says:

      Aduhai, yang gemuk teringin nak kurus… dan yang kurus nak jadi gemuk.. Hehe.. jangan marah yer dear.. saya faham maksud awak, sebenarnya nak tambah berat badan supaya nampak lebih berisi kan..

      Hmm.. cuba lah petua yang dikongsi kat atas tu. Dan satu lagi, petuanya ialah cuba amalkan makan telur ayam kampung (mentah atau setengah masak) dicampur dengan sedikit madu, setiap pagi. Memang boleh ‘menambah selera’. Bila amalkan, saya nak makan jer 2-3 jam sekali. Kalau tak makan, badan boleh siap ‘menggigil’..

      Selain tu, elok juga baca panduan berkaitan kadar metabolisme dan berat badan.

Speak Your Mind

*