July 31, 2014

Petua Mendapat Anak Berambut Kerinting

Kalau ikut kajian saintifik, sifat-sifat bayi yang dilahirkan bergantung kepada gen kedua-dua ibu bapanya.

Sperma mengandungi 50% sikap bapa, manakala ovum mengandungi 50% daripada sikap atau sifat ibu. Semasa berlaku persenyawaan, maka janin yang membesar akan memiliki kombinasi sifat-sifat kedua mak bapaknya.

Oleh itu kalau si ibu dan si bapa kedua-duanya berambut kerinting, maka peluang memang teramat cerah untuk dapat baby yang berambut kerinting juga. Begitu juga kalau hanya salah seorang daripada ‘parent’ saja yang berambut kerinting, hmm… peluangnya sedikit berkurangan tapi tetap ada…

Tapi bagaimana pula kalau kedua-duanya berambut lurus? Haa.. korang percaya tak kalau che petua kata ada petua untuk parent berambut lurus mendapat anak berambut “curly” nie…?  Ini dia petuanya…

Petua Memperolehi Baby Berambut Kerinting

Caranya ialah dengan mengamalkan makan 5-10 isi kerang rebus setiap hari sejak dari awal mengandung sehinggalah cukup bulan. InsyaAllah, ibu yang rajin mengamalkannya akan melahirkan seorang anak berambut kerinting.

Anyway, untuk menjamin kesihatan perlu che petua ingatkan untuk mana-mana bakal ibu yang ingin mencuba petua nie supaya rujuk atau minta pandangan daripada doktor terlebih dahulu. Manalah tahu kalau anda ada ‘alahan’ ngan kerang atau makanan laut nie. Apa yang paling penting ialah kesihatan anda dan baby anda.

laman petua:

petua bayi rambut lurus, petua anak rambut keriting, anak rambut, petua untuk anak berambut kerinting, petua rambut bayi lurus
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*