December 21, 2014

Petua Menegangkan Payudara

Ini ada petua yang perlu diamalkan oleh wanita yang sayangkan suami supaya tak cari lain.. hehe.. Sebab tulah petua menegangkan payudara ni turut dipanggil petua sayang suami.

Petua nie sebenarnya dah lama diamalkan. Malah info tentang petua payudara nie pun rasanya sejak tahun 1990an dah pun boleh diperolehi dalam buku rawatan tradisional dan petua-petua lama. Info nie pun dah banyak dimuatkan dalam pelbagai blog dan website kecantikan.. hmm.. dan sekarang che petua nak kongsi juga dalam petuatradisional.com ni.

Dikatakan ramai wanita yang menghadapi isu payudara kurang mantap nie, betul ke? Hmm.. entahlah… sendiri-sendiri lah jawab yer..hehe.. Tapi rasa-rasanya memang ada juga yang mengalami masalah buah dada kurang tegang atau sedikit kendur ni.. Ada sebahagian kaum hawa akan mengalaminya selepas habis bersalin. Tapi ada yang tak mengalamipetua payudara masalah langsung malah buah dada makin besar dan tegang selepas bersalin sebab menyusukan anak.

Ada pun orang lain, terutamanya yang masih 20-an tu turut mengalami isu buah dada kendur. che petua kata begitu sebab ada perasan sesetengah wanita yang tempek atau letak tisu dalam bra supaya buah dada tu nampak lebih menggunung..

Menurut pendapat pakar kesihatan (baca dalam majalah) masalah payudara kendur dan kurang bermaya ni boleh juga disebabkan oleh masalah hormon.. Hmm.. kalau dah macam tu elok gak pergi check dengan doktor yang bertauliah. Penjagaan buah dada nie penting dik ooiii, bagi yang dah berumahtangga tu mesti faham kan.. hehe..

Okey, apa-apa pun kita seharusnya berikhtiar kan.. kalau ada cara moden kita cuba asalkan tak memberikan kesan-kesan negatif..

Dan kalau nak amalkan cara tradisional yang rasanya lebih menjimatkan dan terbukti berkesan buat sesetengah orang yang dah lama mengamalkannya, bolehlah dicuba beberapa petua berikut:

Petua Buah Dada Cun

Ambil beberapa helai daun sirih Melayu iaitu yang berdaun lebar dan warna hijau. Kendian sapukan minyak kelapa pada daun sirih pada bahagian atas. Lepas tu salaikan pula daun yang telah disapu minyak tu dengan api lilin dan masa ia masih suam-suam panas tu tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.

Ada pun petua yang lain kalau susah nak dapatkan daun sirih ialah dengan menggunakan putih telur. Pecahkan telur dan ambil bahagian putihnya saja. Yang kuning tu pepandailah korang nak buat apa pun..hehe..

Ok… putih telur tu perlu disapu dan ratakan di sekeliling buah dada. Kendian biarkan ia menegring dengan sendiri. Seeloknya amalkan pada sebelah malam dan biarkan ia kering dengan sendiri sampai ke pagi. Cuba amalkan sekurang-kurangnya setiap dua malam dan dalam beberapa hari insyaAllah uols boleh lihat perubahannya. Sungguh hebat…

Tapi bagi yang masih menyusu anak tu jangan lak dibiar sampai ke pagi kay.. dibuatnya baby nangis malam-malam nak susu badan.. tak ke haru… hehe..



laman petua:

cara menegangkan payudara, petua menegangkan payudara, menegangkan payu dara, petua tegangkan payudara, menegangkan payudara kendur
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. YAANI says:

    klu sapu putih telur semalamaan dan cuci air biasa ke. selepas sapu kena pakai bra.

    Tq

Speak Your Mind

*