Anugerah Allah pada hamba-Nya memang tak ternilai. Salah satunya ialah mempunyai tahap penglihatan yang baik.
Bagi mereka yang menghadapi masalah mata yang rabun mungkin merasa rimas bila setiap masa nak kena pakai ‘spec’ atau cermin mata. Dah tu pulak bila tiap-tiap tahun ‘power’ tu meningkat maka bertambah-tambah berat ler spek mata.
Nak bersukan pun agak susah. Bagi yang tak suka pakai cermin mata ada yang pakai ‘contact lense’ tapi timbul lak masalah lain bila tiap pagi nak pakai pas tu terpaksa buka pula sebelum tidur tiap-tiap malam. Kekadang bila ‘contact lense’ tu terkena habuk alamat berair atau ada yang bengkak-bengkak mata tu cam orang menangis dua tiga hari.. huhu…
Dengan teknologi yang ada kini, katanya rabun mata boleh dipulihkan sepenuhnya dengan menggunakan laser atau juga dikenali sebagai LASIK. Dengar cerita ianya 98% berkesan. Tapi tetap ada risiko sebab kalau doktor yang merawat tu tersilap tembak laser mahunya buta terus mata kita.. Huhu.. tapi setakat ni tak pernah lah pulak terjadi. Apa pun, buat rawatan LASIK ni bukannya murah. Dengar ceritanya juga kos rawatan untuk sebelah mata jer dah cecah RM4K- RM5K… Ohh.. mana nak cekau duit tu.
So, sebelum mata kita menjadi rabun – tak kiralah rabun malam ker, rabun jauh atau rabun dekat, elok kita amalkan apa-apa petua yang ada untuk mencegah sebelum terlambat. Lagi satu, ada juga kes mereka yang dah lama pakai spek yang tebal-tebal sebab power tinggi sangat yang akhirnya berjaya mengurangkan tahap kerabunan bila sering mengamalkan petua-petua ni. Berkat usaha dan tawakal, tak mustahil juga rabun mata tu dipulihkan 100%… insyaAllah.
Petua Mengurangkan Rabun Mata
Amalkan makan sepotong betik masak setiap hari. Selain betik, amalan memakan lobak atau ‘carrot’ dikatakan paling mujarab untuk merawat atau mengurangkan tahap kerabunan. Bagi mereka yang tak suka lobak, boleh cuba buat jus lobak/carrot. Nak bagi sedap, cuba campur dengan sedikit susu.. jadilah jus carrot susu. Hmm.. bila dah selalu minum jus tu.. lama-lama rasanya nak meratah lobak secara mentah tu dah tak jadi masalah dah..
Selain itu, boleh juga diamalkan minum air rebusan sawi. Ambil satu cekak sawi dan bersihkan. Kemudian rebus dengan dua gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk minum air rebusan tersebut. Cuba amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
humairah says
ermm..tumpang tanya lah ye.lobak tu nak makan selama berapa hari dan berapa kali dalam seminggu? terima kasih 🙂
che petua says
Makan tiap-tiap hari pun okey. Kalau tak pun 3 atau kali dalam seminggu. Sama-sama Humairah. 🙂
ricchie says
kalau mata sudah ok tapi kalau berhenti makan lobak, rabun akan kembali lagi ka?
che petua says
Soalan yang bagus tu. Rasanya kalau berhenti tu takde lah rabun tu kembali dengan serta-merta. Actually, ada sesetengah pakar pemakanan dan saintis masih berbahas tentang manfaat lobak untuk mengatasi masalah rabun ni. Tapi dah menjadi satu general understanding bagi kebanyakan orang bahawa amalan makan lobak membantu mencerahkan penglihatan. Dah berdekad ilmu nie diperturunkan.
Bagi sesetengah orang, masalah rabun yang dihadapi mungkin ada kaitannya dengan masalah kekurangan zat atau vitamin yang diperlukan untuk tubuh. Bila diamalkan makan lobak ataupun makanan lain yang mungkin tanpa sedar khasiatnya, ianya memberikan zat yang diperlukan oleh tubuh sebagaimana sepatutnya. So, kemungkinan itu lah yang membolehkan masalah rabun tu diatasi. Hmm.. kalau nak berhenti pun (mungkin sebab tak suka rasanya), harap jangan lah berhenti terus. Cuba makan juga contohnya seminggu sekali. Benda yang dah terbukti serasi dan berkesan dengan tubuh kita, elok lah diteruskan. Tapi apa pun kena berpada-pada, biar sederhana. Makanan yang terbaik dalam dunia pun, tapi kalau diambil berlebihan sebaliknya boleh jadi memudaratkan.
cempaka says
as salam,nak tanyer la.kalau dah kene pakai spec tp pakai kejap kejap bahaye ke tuk mata
che petua says
Salam Cempaka. Nak dikatakan bahaya tu rasanya ‘subjektif’ berdasarkan tahap keseriusan bahaya tu. Pendapat umum mengatakan kalau dah kena pakai spek mata tapi jarang-jarang pakai, lama-kelamaan ianya akan menjadi lebih serius. Maksudnya lagi lama akan lagi tinggi ‘power’nya. Tapi bab berapa ‘lama’ ia ambil masa juga berbeza-beza. Rasanya mungkin makan masa bertahun kot. Benda2 macam ni elok dapatkan lebih banyak konsultansi dan pendapat daripada doktor2 dan pakar mata. Tapi jangan depends on satu dua pendapat sahaja. Di kalangan doktor2 pun ada yang berlainan pendapat.
Ambil lah pendekatan, doktor cuma boleh nasihat dan bagi ubat. Nak dapat sakit, kesihatan dan penyembuhan, semuanya dengan izin Allah.
Secara peribadi, che petua sendiri 5-7 tahun lepas dah rasa mata macam kabur-kabur. Kekadang rasa pening-pening because of that. Ramai yang nasihat suruh pakai spectacle sebab takut makin lama makin melarat. Tapi saya usahakan banyak minum air, kurangkan tengok paparan skrin komputer, tv dsb.nya. Paling lama pun lepas 20-30 minit che petua akan rehatkan mata sebentar sebelum sambung kerja berkaitan menatap skrin komputer. Hmm.. dan banyakkan tengok benda2 hijau dan alihkan pandangan daripada benda2 tak elok i.e. benda2 maksiat. Dan of course, tengoklah al-Quran setiap hari. Kalau rajin baca lagi bagus. 5-10 ayat atau setengah muka surat. Kalau malas, tengok dan selak-selak al-Quran tu sekejap lepas solat. In shaa Allah penglihatan akan menjadi lebih jelas. Tapi kalau dah makin berusia dan Allah nak uji, apakan daya..
tutyrahiza says
terima kasih untuk petua ni.. saya pakai spec sejak usia 7 tahun.. salah sendiri lah jenis suka baca buku dalam gelap..bila dah besar ni, menulis depan komputer pulak.. rasanya kalau dapat kurangkan aktiviti menggunakan mata, in sha Allah boleh elokkan mata rabun..
che petua says
Satu lagi tabiat zaman sekarang ialah suka belek skrin smartphone. Itupun ada kesan juga tu. 🙂
InsyaAllah, tak ada ‘penyakit’ yang tak boleh baik. Cuba juga perbanyakkan tengok keindahan alam.. pokok-pokok yang menghijau. Banyakkan juga untuk tengok al-Quran. Tak baca pun tak baca, asalkan buka helaian dan selak-selak mukasurat dalam seminit dua. Kalau dapat baca dalam setengah atau satu muka surat setiap kali lepas solat.. lagi baguslah.
hanis says
assalam…ade alternativ lain x selain mata caroot? cara yg bleh kita praktikal…tq
che petua says
Salam Hanis. Perbanyakkan tatap ayat-ayat al-Quran. Memang berkesan, insyaAllah.
Shahrul says
Assalam…kalau makan lobak mentah terus boleh?
che petua says
Salam Shahrul. Ya, boleh juga tu. Malah ada orang kata kalau makan yang ‘raw’ tu lebih bagus amalannya berbanding minum jus.
muhammad faizal says
assalammualaikum .
nk brtanye , rabun jauh sye mencecah power 275 .
dengan memakan ‘carrot’ , berapa lamakah masa yg diambil utk menghilangkan rabun tersebut
azman says
saya syorkan untuk sesiapa yang mengalami masaalah rabun..untuk meminum kopi mata yang pertama seumpamanya ,yang mengandung bahan semulajadi ‘lutein’ yang terbukti dapat merawat masaalah mata . Menambahkan kesihatan mata. Terbukti dapat mengurangkan masalah sebarang jenis rabun..Call/sms saya , azman :01114943275..untuk pencerahan dan detail ..atau email saya penghanataran seluruh malaysia
nadira says
azman kopi mata tu betul kah…?
boleh d hantar ke papar kah?
iqah erika says
ada harapan ke nk smbuh.power cermin mata saya dah meningkat kepada 600.
Unknown says
Rabun jauh saya melebihi 300. Agk2 brpa lma bru rabun sy tu hilang klau sy amalkan petua tu?
Ray says
ok power spec saya 250 . so maybe belum terlambat lagi nk amalkn petua ni . thank you for sharing this valuable info . ^^
che petua says
Thank you for your kind appreciation 🙂
Iznan says
Kire2 brapa lama kene minum jus carrot ni? nak tau jugak >.<
mohdamirul says
ini semua dengan izin allah…insyaallah mata kita akan pulih kene yakin.. yang paling penting jangan pakai spec bila siang kurang kan tgk tv…. bila waktu drive je or emergency je pakai kalau nk tgk jauh je… kurangkan pakai spec… aku pun nak amalkan …dari sekrang kita sama sama berdoa agar mata kita pulih xpayah pergi lasik hahaha
Apple says
Berapa Lama .. kena Minum air Carrot Tuhh ??
Adam says
Saye duk kolej
Cam mane nk cri bende gitu
Ade care yg x perlu bende2 gitu x
che petua says
Setiap pagi bangun awal dan perhatikan ‘kehijauan’. Tengok pokok-pokok hijau, latih mata tengok yang jauh lepas tu perlahan-lahan fokus anak mata tengok pula pada yang pokok-pokok yang lebih dekat.
Lepas solat, buka al-Quran dan baca. Hmm.. kalau tak sempat nak baca pun selak-selak lah halaman satu persatu dan tengok ayat-ayat Quran dalam seminit dua. In shaa Allah, lepas ni penglihatan tu akan lebih clear.
Charipatul says
Nak copy buat simpanan boleh?
HAMIRUL HAFIZAL says
cara sunnah ada kejayaan tak ?kalau pakai celak ? ad bagi kesan tak? …
che petua says
Tentu lah ada. Nabi tak buat perkara yang sia-sia. Jadi pastinya amalan pakai celak tu ada kelebihannya. Yang pentingnya niat kena betul. InsyaAllah akan rasa kesan yang bermanfaat.
Key says
Sy nak tanya sikit lah kan.. che petua ni pernah buat lasik?? Mcm mana laser tu boleh buta kan mata yaa.. ni bukan leser mcm cerita cartoon.. iyaa mmg harga mahal.. dan sanggup ke pesakit korban kan wang ringgit sebanyak tu utk betaruh dgn resiko kekal abadi selamanya?? Bukanya daftar harini esk dah masuk laser.. berbulan 2 hingga tahun pun ada tau.. leser ni hnya membetulkan retina..
Irfan says
Ya pembedahan LASIK memang untuk membetulkan retina. Tapi kalau kita tak jaga mata, pemakanan dan senaman, dalam 2 atau 3 tahun mata boleh jadi rabun balik (berdasarkan kajian yang saya buat).
Jadi, sebelum nak buat LASIK pastikan dulu kita ubah gaya hidup terlebih dahulu.
Untuk memastikan kesihatan mata kita dalam kedaan baik.
afham awang says
mohon share yew…huhu…tq