July 30, 2014

Petua Merawat Anak Demam

Waktu che petua kecil-kecil dulu bila demam jer ibu akan beri minum air cap badak dan jaram dengan air asam jawa. Seingat saya lah petua rawatan tu memang betul-betul mujarab.

Dengan air tangan ibu yang meramas-ramas asam jawa tu dan disapukan pula dengan belaian kasih sayang… cepat jer suhu badan yang panas kerana demam nie turun.

Kekadang tu saja-saja berlakon demam sebab nak bermanja ngan ibu atau mungkin juga sebab ketagih nak minum air cap merawat anak demambadak hehe… Walaupun ibu tahu budak kecik nie bukannya betul-betul demam pun tapi dia masih lagi jeram kepala ngan air asam jawa tu… sayaaaaaang ibu.

Almaklum lah kan ibu mana yang tak sayang anak. Bila ada anak-anak demam, seorang ibu pastinya tak senang duduk mencari jalan untuk sembuhkan demam atau sekurang-kurangnya menurunkan suhu badan si anak.  Zaman sekarang nie lebih mudah sebab banyak klinik dan pusat rawatan dibuka 24 jam, sediakan duit jer.

Tapi kalau ada ibubapa yang tercari-cari cara nak turunkan panas badan anak yang demam secara tradisional, di sini che petua kongsikan beberapa petua…

Petua Merawat Anak Demam

Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.

Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas-ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.

Petua Turunkan Suhu Badan Dengan Air Kelapa Muda

Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat, boleh dicuba ikhtiar nie.

Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu,cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.

Petua Menurunkan Suhu Badan Anak Demam

Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dulu, bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.

Petua Meredakan Demam

Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Lepas tu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.

Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.

Petua Redakan Demam Dengan Sirih Pinang

Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tu hingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Lepas tu sapukan pada kepala anak yang demam.

Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Petua Turunkan Demam Dengan Ubi Kayu

Kalau ada bayi atau anak kecil yang demam, boleh juga dirawat dengan ubi kayu untuk menurunkan suhu badan yang panas.

Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan tu ditempekkan ke dahi budak tu. Bila parut tu kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.

laman petua:

petua anak demam, petua bayi demam, bayi demam, ubat demam tradisional, merawat anak demam
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Terima kasih diatas perkongsian ini.. Anak saya selesema dan batuk..kaedah
    air asam jawa itu mungkin saya nak cuba.

    • che petua che petua says:

      Sama-sama. Amalkan lah dengan penuh kasih-sayang. Bukan setakat luaran, malah ‘dalaman’ jiwa anak pun akan terubat dan mekar semarak kasih-sayang.

  2. amy says:

    salam

    saya selalu guna petua asam jawa ni dan so far ianya byk menolong
    sy sebelum sy bwk ke klinik atau hospital.

  3. haslina says:

    tak pedih ke sapu bawang pada badan anak? tp yg petua asam jawa tu memang menjadi… sy mandikan anak sy dalam tab yg dah cmpur dgn sdikit asam jawa, esok nye terus kebah panas badan dia..

Speak Your Mind

*