November 1, 2014

Petua Merawat Bengkak Gusi

Selalunya kita kena sakit gigi jer tetapi ada segelintir orang pula yang mungkin tak bernasib baik apabila mendapati gusinya bengkak dan kelihatan merah-merah.

Punca terjadinya gusi bengkak tu lazimnya disebabkan kekurangan vitamin C (kurang makan limau contohnya..) atau malas gosok gusi err… gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi. Ada orang yang kadang-kadang tak sedar pun gusinyapetua bengkak gusi bengkak sebab tak rasa sakit sangat. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak makan.. huhu..

Petua Mengubati Gusi Bengkak

Satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.

ATAU

Satu lagi caranya ialah berkumur dengan air kunyit.

Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman tu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh. InsyaAllah…

laman petua:

gusi bengkak, petua gusi bengkak, petua hilangkan bengkak gusi, bengkak gusi, punca gusi bengkak
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*