Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk.
Tapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstick tu kemungkinan tak sesuai ngan kulit kita. So, lain kali kalau nak beli gincu tu baik belek betul-betul kandungannya.
Ada seorang kawan che petua pula, dia memang tak minat pakai gincu. Tapi dia selalu pakai ‘lip balm’ sebab katanya bibirnya selalu pecah-pecah kalau tak pakai. Mulanya dia rasa mungkin sebab kurang minum air… tapi lepas diamalkan minum air bergelen-gelen sehari macam unta pun.. hehe.. masalah bibir pecah masih tak hilang.
Sampai lah ada seorang kawan lain yang nasihatkan dia supaya amalkan makan vitamin C… barulah lepas tu masalah bibir pecah-pecah tu reda.
Untuk mengatasi masalah bibir yang kering atau mengelupas nie sebenarnya ada beberapa kaedah yang boleh kita usahakan…
Petua Mengatasi Bibir Pecah
Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
Merawat Bibir Kering
Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.
Petua Melembapkan Bibir Kering
Cara nie che petua selalu juga amalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Selalunya che petua amalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.
ATAU
Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut..hehe..) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
ATAU
Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. che petua tak pernah cuba cara nie tapi ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat. Berapa singkat tu… jangan tanya.. hehe.. uols kena cuba sendiri baru tahu.
fonny (sabah,Malaysia) says
hai…Che…best lar bc kat u pnya blog ni(kira blog la kn)..info pn best2…sgt berinfomasi..heheh..mo tnya ni..”gel lidah buaya” yg d maksudkn tu…yg lidah buaya original(kupas kulitnya and ambi lendirnya) or..mmg ada gel lidah buaya d jual d kedai2??(kalau la ada..he3)..tq ya
che petua says
Hai Fonny,
Apa khabar bah? (betul ker bahasa che petua nie..). Terima kasih lah atas puji-pujian Fonny nie. Bila ada komen sebegini, maka makin bersemangat lah che petua nak berkongsi berlambak-lambak lagi petua lepas nie..
Yes…gel lidah buaya yg. dimaksudkan ialah gel yg. original macam Fonny cakap tu. Itu yang sebaik-baiknya. Malahan banyak lagi kegunaan lidah buaya @ aloe vera nie. Kalau ada masa, che petua syorkan Fonny baca post berkenaan khasiat lidah buaya nie.
Dan sememangnya ada kedai farmasi yg jual gel aloe vera @ lidah buaya nie. Harganya pun takdelah mahal sangat. Cuma tak tahulah samada khasiatnya masih 100% sebab kemungkinan dah dicampur ngan chemical lain untuk buat ia tahan lama. Eloknya tanam sendiri jer pokok lidah buaya kat rumah. Kalau dah banyak boleh juga jual kat jiran2 atau kengkawan sepejabat dsb.nya. Rasanya ramai orang tercari-cari daun lidah buaya nie tapi kebanyakannya malas nak tanam.
daya says
suka ni page,. banyak petua
Nabilah says
salam..
saya minta share ye 🙂
thanks.nice tips
che petua says
Salam Nabilah. Silakan lah berkongsi… moga bermanfaat utk sesiapa yg memerlukan.
wardah says
salam. susu pekat tu, susu manis tu ek?
nataqin says
Assalam….(bunga mwar + susu segar), maknanye rendam sikit jela kan dgn susu tu, ataupun air rendaman tu bleh simpan utk pkai hari berikutnya pulak..TQ:)
Azimah says
Apa yang dimaksudkan dgn oles?
Sara says
Oles tu sapu.