November 1, 2014

Petua Merawat Kulit Muka Kering

Satu soklan cepumas: Bila kita berjumpa atau pandang seseorang, kat bahagian mana yang mula-mula sekali kita perhatikan?

Hmm.. kalau orang perempuan yang jawab soklan nie, che petua rasa hampir seratus peratus akan jawab ‘tengok kat muka atau wajah lah’… tapi kalau orang lelaki yang jawab… hehe.. faham-faham saja lah…

Anyway, berbalik kita pada soalan tadi… so tentunya ramai yang inginkan wajah yang cantik serta kulit muka yang lembut, licin dan halus macam ‘baby’. Bagaimana pun, tak semua orang yang mampu mengekalkan ‘kehalusan’ kulit yang dimiliki semasa kita masih ‘baby’ dahulu.

Maklum sajalah zaman sekarang nie banyak sangat ‘pencemaran’nya. Satu lagi orang skang nie tak ramai yang menjaga pemakanan sepertimana orang dulu-dulu yang banyak pantang-larangnya, dan makanan dulu-dulu pun rasanya takdelah banyak sangat bahan kimia dan segala jenis ‘artificial flavour’. So, faktor-faktor ini mungkin memberi kesan kepada keadaan kulit.

Mereka yang berhadapan ngan masalah kulit muka kering dan kasar nie memang akan rasa rimas lebih-lebih kalau dah cuba berbagai krim dan losyen yang ada di pasaran tapi hasilnya mungkin tak seberapa. Hmm… sebenarnya losyen yang dijual di kedai kecantikan tu tentu ada yang bagus. Cumanya mungkin ianya tak serasi ngan kita sebab tu bila kita pakai hasilnya mungkin tak seberapa.

So, bagi mereka yang dah mencuba pelbagai cara moden untuk merawat kulit wajah yang kering tu tapi masih tak mendapat hasil yang dimahukan bolehlah cuba cara tradisional pula.

Merawat Kulit Kasar Dengan Kulit Telur

Kumpul, bersihkan dan jemur beberapa biji kulit telur. Selepas dijemur kering, tumbuk atau kisarkan kulit tu sampai menjadi serbuk halus. Lagi halus lagi bagus.. tapi kalau dah letih nak mengisar tu… pepandai ler mengagak setakat mana yang sesuai.

Kendian bancuh ‘serbuk’ tu dengan air suam dan campurkan pula dengan bedak sejuk. Sapu dan urut ke muka secara perlahan-lahan. Setelah selesai, biarkan selama 20-30 minit atau sehingga ia kering dengan sendiri. Lepas tu barulah dibasuh dengan air suam dan diikuti pula dengan membilas menggunakan air sejuk.

Cuba amalkan sekerap yang mungkin jika mahukan hasilnya dalam jangka waktu yang singkat. InsyaAllah berkesan. Hmm.. tapi rasanya kalau sesiapa yang ada alahan atau ‘allergic’ ngan telur tu baik juga minta pendapat pakar yang lebih arif… manalah tahu kan nanti lain pula jadinya.

laman petua:

kulit muka kering, Petua kulit muka kering, petua haluskan kulit muka, muka kering, kulit kering
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Terima kasih berkongsi petua ini.

Speak Your Mind

*