October 26, 2014

Petua Merawat Tumit Merekah

Mungkin ada yang terkejut kalau che petua bagitau bahwa ada orang yang gemar pakai kasut dalam rumah.  Hmm… bagi yang biasa ngan perkara tu memang tak rasa apa-apa yang pelik pun, tapi bagi yang tak biasa mungkin akan kata ‘dah buang tabiat’ lah tu.

Sebab-musabab ada sesetengah orang tu pakai kasut tu bukanlah kerna nak melanggar adat atau nak tiru budaya orang putih, tapi dek kerna kalau tak dipakai lama-kelamaan tapak kaki dan tumit tu jadi kasar, pecah-pecah dan merekah. Haa.. yang nie orang pompuan kena jaga nie, sebab bukan setakat wajah kita kena maintain beautiful untuk suami, malahan tapak kaki pun kena juga jaga kecantikan dan kehalusannya.

Dan.. kasut tu pulak bukanlah maksudnya kena pakai kasut yang kita pakai untuk ke pejabat tu (itu barulah buang tabiat..hehe..) tapi kasut selipar jer.

So, kalau tak mau kaki tu mudah menjadi kasar dan merekah oleh kerna selalu pijak simen dan debu serta kotoran di lantai terutama bahagian dapur, elok ler kalau diamalkan pakai selipar.

Namun, bagi yang baru nak amalkan dan tika dan saat ini mengalami masalah tumit merekah, boleh saja dicuba petua tradisional berikut.

Petua Melicinkan Tapak Kaki

Sebenarnya banyak jenis losyen yang ada di pasaran, untuk memulihkan masalah tumit dan tapak kaki merekah nie. che petua sendiri pun selalunya lebih gemar pakai baby lotion atau minyak zaitun jer… tapi tak salah rasanya kalau ada yang nak cuba petua lama yang dikatakan berkesan dan lebih menjimatkan nie.

Petuanya ialah dengan menggunakan minyak masak.

M.O.nya sebelum tidur tu eloklah cuci kaki bersih-bersih dan kalau rajin beruslah sekali tapak kaki tu dengan berus yang lembut. Lepas tu lap sampai kering dan kendian sapu minyak masak kat tangan lalu lumurkan dengan rata pada bahagian tumit dan tapak kaki.

Kalau yang dah ada suami tu minta tolong dia urut-urutkan sikit tumit kaki tu supaya minyak masak yang disapu lebih muidah menyerap ke kulit. Kalau dia malas nak urut… terpaksalah urut sendiri.. adehhh…

Cuba amalkan setiap malam. Dikatakan kalau diamalkan selalu, dalam masa seminggu dah boleh rasa bahagian tapak kaki tu terutamanya kat bahagian tumit mulai beransur lembut dan licin.

laman petua:

petua tumit merekah, tumit kaki merekah, petua tumit kaki merekah, cara melicinkan tumit kaki, merawat tapak kaki merekah
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*