September 18, 2014

Petua Mudah Bersalin

Setiap ibu yang mengandung tentu berharap akan dapat melahirkan bayi dengan mudah bila tiba waktu untuk bersalin. Malah bukan setakat wanita yang sedang mengandung tu, husband, ibu bapa dan seluruh isi keluarga tentu akan terus berdoa semoga semuanya selamat. Baby and mommy kedua-duanya selamat… insyaAllah.

Selain daripada mengikut segala panduan dan nasihat yang diberikan doktor, ibu-ibu yang berharap dapat bersalin dengan mudah juga boleh mengamalkan petua orang lama nie. Ada baiknya juga bertanya dengan doktor yang merawat korang terlebih dahulu, samada sesuai atau tidak untuk mengamalkan petua nie. Manalah tahu mungkin tak sesuai atau ‘berlawananan’ dengan ubat-ubatan yang diambil oleh sesetengah ibu.

Petua Mudah Melahirkan Anak

Boleh dikatakan kebanyakan orang tua-tua akan syorkan untuk ibu yang dah sembilan bulan mengandung supaya amalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala baby tu waktu keluar dari lubang faraj.

So, bila tarikh untuk melahirkan dah dekat, eloknya diamalkan minum air kelapa satu gelas dua tiga kali dalam seminggu.

Selain dari minum airnya, bidan-bidan kat kampung juga biasanya akan nasihat bakal ibu supaya amalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia 6  bulan ke atas.

Cara Sediakan Minyak Kelapa

Ambil beberapa biji kelapa tua. Parut dan perah untuk mendapatkan santannya. Santan tu kemudiannya dimasak hingga mengeluarkan minyak. Minyak itulah yang diperlukan. Biarkan minyak tu sejuk dalam periuk dan bila dah sejuk barulah dimasukkan dan simpan dalam botol.

Bila usia kandungan dah mencapai enam bulan, cuba amalkan minum minyak kelapa ini sebanyak satu sudu besar setiap kali. Sebaik-baiknya minumlah selang 1-2 hari sekali atau tiga kali seminggu. Cuba amalkan sehingga kandungan tu sampai sembilan bulan. InsyaAllah, berkat doa dan amalan minum minyak kelapa nie, ibu-ibu akan mudah melahirkan anak.

laman petua:

petua mudah bersalin, mudah bersalin, mudah, cara mudah bersalin, petua senang bersalin
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. thanks atas petua yang dikongsikan…:)

Speak Your Mind

*