Hmm… betul lah kan kata orang yang bijaksana, malang itu tak berbau.. Kalau dah ada tanda-tanda amaran, tentulah sesapa saja pun akan berusaha mengelakkan ‘malang’ tu.
Salah satu daripada benda-benda ‘malang’ yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita nie ialah kes terminum racun.
Tapi apakan daya… malang itu tidak berbau. Lepas dah kena ‘ter….’ barulah kita ter..sedar.. selalunya begitulah.. huhu..
Apa sekali pun, kita harus sedar bahawa setiap permasalahan tu tentunya ada jalan penyelesaiannya. Kita sebagai manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan…
So, che petua nak berkongsi beberapa petua dan ikhtiar yang boleh kita usahakan sekiranya kita berhadapan dengan situasi sama ada ahli keluarga atau rakan-rakan atau kita sendiri yang tetiba sedar bahawa kita dah terminum racun atau terkena santau.
Petua Terminum Racun
Jika menyedari telah terminum racun atau disantau, petuanya ialah makan tiga ulas bawang merah secara mentah dan jangan minum sebarang air selama 3 jam. Ini sebagai ikhtiar untuk mengeluarkan racun atau bisa santau tu dari dalam badan, insyaAllah.
ATAU …
Satu lagi cara ialah ambil 3 ulas bawang merah dan campurkan dengan sedikit minyak sapi. Kemudian tumbuk bawang tu hingga hancur dan perah serta tapis airnya. Minum air perahan tersebut sambil meniarap dan jangan minum air lain selama 3 jam.
Petua Termakan Racun
Satu lagi kaedah yang che petua pelajari ialah kalau ada yang terminum racun, sebaik-baiknya segera diberikan si mangsa tu minum air kelapa muda sebanyak mungkin. Cara ini diharapkan dapat membantu agar bisa racun tu tidak melarat sebelum sempat mendapatkan rawatan daripada hospital dan sebagainya.
Petua Terkena Santau
Kalau ada yang terkena santau pula. Berikan juga air kelapa muda. Bezanya ialah campurkan air kelapa tu dengan sedikit tanah yang bersih sebelum diberi minum kepada mangsa santau tadi. Semasa diberi minum tu elok juga dibacakan apa-apa ayat Quran, al-Fatihah atau sekurang-kurangnya bismillah dan selawat.
InsyaAllah, lepas beberapa lama mangsa tu akan muntah mengeluarkan ‘benda-benda’ yang tak disangka. Selepas tu jangan leka pula untuk mendapatkan rawatan daripada ustaz, doktor dsb.nya.
Petua Penawar Racun
Satu lagi petua menawarkan racun ialah minum minyak sapi yang dicampur dengan sedikit madu. Dikatakan selain mengurangkan bisa keracunan, ia juga membantu menghilangkan bisa sengatan kala jengking, lipan, ular dan yang seangkatan dengannya.
ATAU
Satu lagi ramuan penawar racun ialah dengan menggunakan cacing. Hmm.. mungkin ada yang berasa geli tapi ini petua turun temurun nie.
Ambil cacing merah yang biasanya dijumpai dalam tanah lembap tu. Lagi besar dan panjang saiznya lagi bagus.
Bakar cacing tu sehingga hangus lalu tumbuk hingga hancur. Lepas tu campurkan serbuk cacing hangus tu ke dalam segelas air suam dan beri minum kepada mangsa yang terminum racun.
fateha says
racun dh tertelan..sempat ke buat semua tu? haha. apapun, good job sebab beritahu hal ni 🙂
pateha says
sila bercakap mengunakan akal
Rania says
Sa prnah minum stu jnis racun tpi x tw jnis apa..(sbb trlmpau stress)..rcun nie wrna kebiru-biruan…tpi sa x mati..cuma pening kepala dan timbul ruam pada wajah..
catci bo says
terima kasih atas perkongsian ,ilmu yang jarang di cari tetapi berguna diwaktu kecemasan