June 20, 2013

Petua Pulihkan Rambut Rosak

Anak-anak muda sekarang ramai yang suka warnakan rambut… kejap biru, pas tu tukar jadik merah, kendian hijau.. pas tu coklat.. last-last colour ‘putih’ ahaks.. Selain tu ada gak yang suka ‘alter’ rambut tu ikut citarasa masing-masing. Yang berambut kerinting, pegi luruskan rambut dan sebaliknya.

che petua bukannya niat nak tegur sesapa pun… Kata pepatah “rambut sama hitam, hati lain-lain”… so, terpulanglah kepada diri masing-masing nak menggayakan fesyen rambut tu camna sekalipun… Takde sesapa pun yang nak larang, tul tak..?

Tapi kekadang tuh bila dah kerap sangat ‘mewarnakan’ rambut atau asyik dok tukar gaya rambut tu, ianya mungkin akan menjadi rosak. Rambut tu akan nampak kering, rapuh dan mudah putus. Mmm.. untuk mengatasi masalah rambut rosak apa kata korang cuba petua yang che petua nak kongsi nie. Ianya bukan setakat mengatasi masalah rambut malah dikatakan membantu mengembalikan seri warna rambut yang kelihatan kusam dan pudar.

Rawatan Memulihkan Rambut Rosak

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan mayonis. Kalau rambut tu panjang, mungkin kena pakai 2-3 cawan.
  • Plastik pembalut makanan
  • 4-5 helai tuala kecil
  • Pengering rambut

M.Onya pula begini… memula tu sapukan mayonis sedikit demi sedikit pada seluruh rambut. Pastikan sapuan tu kena sampai ke bahagian akar rambut. Urut perlahan-lahan selama beberapa minit supaya mayonis tu betul-betul meresap ke hujung akar rambut.

Selepas dipastikan seluruh rambut dah disapu mayonis, balut kepala dengan plastik pembalut makanan. Kalau rambut tu panjang sangat cuba kumpulkan rambut di tengah kepala, buat cam sanggul, sebelum dibalut ngan plastik.

Sambil-sambil tu dengan menggunakan alat pengering rambut, panaskan satu helai tuala kecil yang disediakan tadi. Bila dah rasa gak panas, balut tuala tu ke kepala dan biarkan selama 10 minit.

Semasa menunggu tu, panaskan pula tuala yang lain. Lepas 10 minit, tukar pula balutan tuala kat kepala tu dengan tuala yang baru dipanaskan. Lakukan hingga 4-5 kali penggunaan tuala dengan setiap satu mengambil masa selama 10 minit sebelum ditukar.

Setelah selesai barulah dibuka plastik yang membaluti kepala dan cuci rambut dengan air bersih.

Amalkan sebulan sekali untuk penjagaan rambut agar kekal lembut dan bersinar. Tapi kalau rambut tu dirasakan mengalami ‘kerosakan’ yang agak teruk, eloknya diamalkan rawatan nie sekali seminggu untuk memulihkannya.

laman petua:

cara merawat rambut rosak, rambut rosak, rambut kering, rawatan rambut kering, petua merawat rambut rosak
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. nieza says:

    mayonis yang mcm mana mau guna nie che???

    • che petua che petua says:

      Nieza leh pakai mayonis biasa yang dijual dalam botol tu. Yang orang selalu makan ngan roti atau buat salad tu. Botol besar ada dan saiz kecil pun ada.

      Kalau nak save mintak jer kat abang jual burger… he..he.. gurau jer kay..

  2. berbau mayonis la rambut ku nnti ==’
    rambut sya mengalami kerosakan yang agak teruk , padahal umur saya baru meningkat 16 tahun .
    ada cara lain tak untuk merawat rambut yang rosak ? mohon bntuan :(

    • che petua che petua says:

      Gambar kat FB tu gambar awak yang terbaru ker? Hmm… nampak cam okey jer, takde lah teruk sangat. Cuma nampak kering sikit.

      Anyway, kalau tak ‘minat’ nak guna mayonis, leh guna daun inai. Tumbuk daun inai bercampur dengan sedikit air serbuk teh. Lumurkan campuran tu kat serata kepala dan balut semalaman. Amalkan dua minggu sekali. InsyaAllah.

  3. mijah says:

    pasti berkesan kee? Klau berkesean, nak coba :) tpi tak ke melekat bau mayonis tu kat rambut?

    • che petua che petua says:

      Kalau tak cuba camna nak tau berkesan ke tak… hehe… Utk kasi tak bau mayonis, lepas tu syampu jer atau pun perah air limau nipis.. kompom tak bau.

  4. kak mol says:

    rambut i ni terok rosak,,,kalau lepas cuci kembang n rambut saya yg lurus mjadi curly pulak,,mak iiii seram sejok bena tengok nih,,,padahal rambut asal i lurus,,,cmne nak rawat ni?? dh la rmbur dah pendek,xkan nak potong lagi…hujung2 botak la :’(

    • che petua che petua says:

      Ada orang bagi petua rambut yg makin membotak tu alamatnya akan bertambah rezeki kalau beniaga… hihi…

      Cuba awak rawat ngan inai atau daun bunga raya. Petua yang popular kalau tanya kat orang tua-tua cara2 nak merawat rambut rosak.

  5. farah says:

    rambut sya rosak sgt xtau knpa tiba2 putus2 selepas rebonding sya risau la.. mcm2 sya pakai smua xberkesan mungkin petua ni boleh sya cuba..kalau nak buat hari2 boleh x ??? cuma nak rambut cepat baik…

    • che petua che petua says:

      Huishhh… tak leh buat tiap2 hari sayang ooiii… paling kerap pun 3 hari sekali atau eloknya seminggu sekali jer.. Kena beri tempoh untuk rambut tu ‘bernafas’ dan menyerap zat daripada mayonis tu dulu… Apa2 rawatan yg kita lakukan nie kena ada kesabaran dan tertibnya, tak boleh tergopoh-gopoh… barulah hasilnya memuaskan dan berpanjangan… insyaAllah…

  6. farah says:

    ow mcm tu hehehe..sb sya xsbr bah risau sgt2 rmbut ni ptus2 xtau nak pkai apa lg..sya nak cuba mayonis tu kalau btl la…sb sya kerap cuci rambut n shampo setiap hari.. dan membuatkn rmbut sya slalu gugur n sya slalu slhkn shampo sya..dan membuat sya mencuba mana2 shampo… sb tu skg ni sya xtau nak buat apa slalu gugur n putus2..tkt2 ja rambut sya jd botak kalau slalu gugur hihihi…apa lg ya kalau boleh sya btl2 minta bantuan..

  7. niena aryana says:

    rambut saya kering dan kasar..ade helaian yg lurus kering,,ade juga helaian yg kerinting halus..kebiasaannya berapa lama untuk rambut saya ok balik sbb skrg nie setiap minggu saya akan ke salun untuk buat treatment…3 bulan ke..6 bulan ke..berapa?

    • che petua che petua says:

      Secara puratanya rambut tumbuh kira-kira ½ inci sebulan, jadi lebih kurang 6 inci setahun. Tapi bergantung juga kepada genetik dan faktor penjagaan lain. Dikatakan rambut orang Asia tumbuh lebih cepat berbanding orang Eropah. Satu lagi faktor yg perlu diambil kira ialah berapa banyak yang gugur.

      Proses perawatan dan pertumbuhan tu pulak akan mengikut peringkat tertentu. Secara am, perubahan rupa, ketebalan dan ‘feel’ (rasa) rambut akan dapat dirasai terlebih dahulu. Biasanya dapat dirasai dalam tempoh 3-4 bulan pertama.

      Perbezaan ketara biasanya hanya berlaku antara 6-8 bulan dan itupun bergantung kepada kerajinan melakukan proses rawatan dan penjagan rambut.

  8. chua says:

    salam… nk tanye . . rambut saya rosak lepasrebonding..sepatotnye , rambut sye curly mcm ank atong..macm mne nk buat eah…

    • che petua che petua says:

      Salam… kan dah bagi petua kat atas tu. Cuba amalkan kay.. hmmm… rambut cam anak patung hihi.. cutenye..

  9. Aida says:

    Saya bru lepas buat teknik perm disalah sebuah saloon di kl ni… hasil yg sya dpt, rmbut sya mnjadi keras d hujungnya… (macam dawai besi la..).. di tmbh pula dgn keadaan rmbut sya yg brcabang… saya ada mmbasuh rmbut sejurus selesai rawatan perm itu dilakukan dgn utk mengembalikan rambut saya kepada yg asal… tetapi, tidak mnjadi… dan, klau boleh sya nk buat teknik rebonding pula… kerana teknik inilah yg kerap sya gunakan… jadi, apakan yg perlu sya lakukan skrg??? adakah sya perlu menunggu sehingga ubat yg masih ada pda rmbut sya hilang atau bgaimna??

    • che petua che petua says:

      Hmm… memang kena tunggu dulu hingga kesan ubat tu hilang. Saya tak tahu berapa lama… mungkin 1-2 minggu.

      Yang paling pentingnya kena ‘take a break’ dulu untuk rambut tu dan kulit kepala ‘bernafas’ untuk proses pemulihan secara semulajadi sekiranya nak dilakukan apa2 teknik rawatan lain.

      Berdasarkan pemerhatian saya, kalau kerap sangat buat rawatan rambut pun terutamanya yang kalau melibatkan ubat2an yg kuat kesannya boleh buat rambut rosak teruk dan mungkin ada yg boleh jadi ‘botak’. Bila dah jadi macam tu memang lama sangat nak pulihkan balik.. itupun kalau dapat dipulihkan ler… huhu…

      So, biarlah rambut tu rehat kejap kay…. Kalau tanya kat pusat rawatan mungkin ada yg kata tak perlu rehat pun tapi kena ingat diaorang mungkin tak berikan jawapan wajar sebab nakkan duit kita jer…

  10. Ahmad Amirul says:

    salam. rambut saya kering laa. dah macam dawai dah saya tengok. bila dah panjang ade rambut yang lurus ade rambut yang kerinting. tapi asalnya rambut saya lurus. macam mane eh nak bagi lurus balik ? hm

  11. veronica says:

    hmm kmk nak coba lah petua ni kak…harap-harap lah nya berkesan ngan kmk..

  12. izzati says:

    salam …rambut saye dulu lurus ,cantik….tapi tibe2 je jadik wavy & curly sikit…dah la tu…rosak pastu kembang semacam je lps mandi…camne la saye nk rawat rambut saye nih….petua yg kt atas tu berkesan ke??

    • che petua che petua says:

      Tiba-tiba jer?? Pelik al ajaib tu. Mesti ada sebab musababnya tu… salah pakai syampu kot. Kerap tukar jenis syampu pun leh jadi puncanya…

  13. Dinie says:

    salam….
    kalau xda pengering rambut sterika tuala boleh jigak tak…?? n satu lagi ada tak tips nk pulihkan rambut yg asal lurus pastu rosak gara2 minyak rambut BON dan saya nk luruskan balik….. tolong ye… :D

  14. SCHAFIQAH AZMI says:

    RAMBUT SAYA BANYAK SANGAT PATAH ,,GUGUR LAGI , MACAM MANE NAK RAWAT YER

  15. Zuriana mohd khalid says:

    Da bt tp nape rmbut lgi rosok!!!!’

  16. huda says:

    salam… Saya ada terbca satu artikel yg mengatakan rambut yg kering boleh dielokkan dgn menggunakan campuran susu dan madu.. Betul ke?

    • che petua che petua says:

      Salam Huda. Ya, saya pun pernah baca tips rawatan rambut yang guna madu dan susu. Ada yang guna susu sahaja. Of course lah, setiap panduan yang diberikan itu dikatakan berkesan. Tapi setakat mana keberkesannya tak tahulah.

      Pandangan saya ialah kena ‘test’ dahulu dengan empunya diri sebab adakalanya petua atau amalan yang bagus untuk orang lain tak semestinya ‘mujarab’ untuk kita. Begitu juga sebaliknya.

  17. ekin shah says:

    sy nak tye cmne nak wt lw rmbut sy mudah putus2 dan mnyebabkan rmbut jd pendek2
    dan jrang mnampakkan kulit kpale

Speak Your Mind

*