October 2, 2014

Petua Rawat Sakit Perut Waktu Haid

Salam,

Orang pompuan nie selalu diuji dengan cabaran dan dogaan yang memerlukan tahap kesabaran dan daya tahan yang tinggi. Contoh yang paling utama ialah ketika saat nak melahirkan anak.. Hmm.. mungkin ada sesetengah lelaki yang pernah komen kata pompuan tak leh tahan sakit… Bayangkan kalau Tuhan jadikan kaum lelaki pun boleh melahirkan anak… Hmm.. agaknya berapa kerat agaknya lelaki yang sanggup.. hehe..

Satu lagi jenis ujian yang sering dialami oleh sesetengah wanita ialah merasa sakit yang amat pada bahagian perut atau rahim tiap kali ketika datang bulan. Hmm.. bagi yang pernah mengalaminya tentu faham… Rasa serba tak kena, betol tak? Dan kekadang tu makan obat yang doktor kasi pun dah takde kesan langsung.. aduhh…

So, che petua nak kongsi satu petua lama yang boleh dicuba oleh wanita yang sering berhadapan dengan situasi merasa sakit perut semasa datang ‘period’ nie.. Hmm.. kalau ada “lelaki” yang kena ‘period’ pun boleh gak cuba kalau berminat.. ahaks..

Petua Ubati Sakit Perut Ketika Haid

Petua ni mungkin tak berkesan bagi sesetengah orang. Apa pun, kita kena cuba berikhtiar untuk merawat.. kalau langsung tak nak mencuba bagaimana kita nak tahu samada ia mujarab atau tidak…

Petuanya begini… sediakan tiga ulas bawang merah dan hiris kesemuanya halus-halus. Kendian gaul hirisan bawang tu bersama sedikit minyak tanah (kerosene).

Sapu ramuan tu di sekeliling perut dan urut perlahan-lahan dari atas ke bawah beberapa kali yang mampu. InsyaAllah, lama-kelamaan rasa sakit tu akan reda dan akhirnya hilang terus.

laman petua:

sakit period, Sakit perut ketika haid, sakit perut period, sakit perut ketika period, sakit perut semasa haid
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Fi Afiqah says:

    Mana nk cri kerosene tu??

Speak Your Mind

*