Bagi yang kerap berjalan di tempat berair atau lembap dan apabila kaki sering memijak lantai simen tanpa alas kemungkinan besar akan mengalami tumit yang kelihatan meretak atau pecah-pecah. Kalau tumit tu dah pecah-pecah tentulah kaki tu kelihatan tak cantik.
Hmm… kekadang che petua hairan gak sebab selalunya kaum wanita lebih mudah menghadapi masalah tumit pecah nie berbanding ngan kaum lelaki.
Ohh.. mungkin sebab kulit orang pompuan nie lebih ‘fragile’ kot ataupun kerana orang pompuan lebih kerap membuat kerja-kerja rumah dan sering berada di dapur berlantai simen tu.. hehe..
Sebab tulah disarankan untuk kita memakai selipar biarpun ketika berada dalam rumah. Lebih-lebih lagi ketika berada di dapur atau ketika masuk ke bilik air atau tandas yang biasanya memang berkeadaan lembap.
So, bagi mereka yang mengalami masalah tumit pecah dan nak cuba rawatan secara tradisional, bolehlah diamalkan petua tradisional berikut…
Ubati Tumit Pecah
Cari sebiji betik muda. Hiris betik tersebut untuk mendapatkan getahnya. Sapu getah betik tu pada bahagian tumit yang pecah. Errr… sebelum sapu tu jangan lupa lak untuk cuci bersih-bersih dulu tumit tu yer…
Satu lagi cara yang lebih “sempoi” ialah dengan menggunakan ubat gigi. Caranya cuci bersih-bersih tumit tu dan sapukan ubat gigi padanya setiap kali sebelum korang tidur. Amalkan beberapa kali sampai kulit tumit tu menggelupas dan berganti dengan kulit baru yang lebih licin seperti sebelum ini.
Petua Sembuhkan Sakit Tumit
Bagi mereka yang bukan setakat mengalami tumit pecah bahkan kekadang rasa macam pedih-pedih atau sakit pada tumit, boleh cuba rawat dengan petua ini.
Ambil tiga helai daun sirih dan ramas dengan sedikit gambir. Lepas tu sapu atau palit pada bahagian tumit yang sakit tu sekurang-kurang dua kali sehari. Amalkan untuk beberapa hari untuk mendapat hasilnya. InsyaAllah berkesan.
fatin says
kalau yg sapu ubt gg tu kne bilas or biar smp pg? 🙂
che petua says
Biarkan untuk beberapa jam ataupun kalu tak kisah biarkan sampai pagi lagi elok.
Norzainatul Afzan says
Ubat Gigi Tuu Tak Kesah Jenama Ape Ke ?
che petua says
Yap.. tak kisah lah jenama apa pun, asalkan halal.
P/s: Teringat kisah kawan yang tegur che petua basuh kereta guna syampu mahal. Apsal tak pakai sabun biasa jer. Hehe.. sebenarnya syampu tu dirasakan tak sesuai ngan rambut. Tapi dah terbeli nak buat camna. So, pakai lah untuk basuh kereta dsb.nya daripada dibazirkan begitu saja.
Norrehan Ahmad says
Saya nk suruh mak sya buat SBB tumit Mak saya pecah tapi Mak saye x nk buat sebok ngan. Karoeke
elda says
terima kasih awak…dah lama cari petua ni..
Insyallah saya akan amalkan…