Hmm.. bagi orang lelaki mungkin ramai yang tak kisah, malah lebih suka kalau ada urat kat kaki dan kat lengan yang timbul. Diaorang macam Aiman… aiman tak kesah..! Bahkan ada lelaki yang teruja kalau ada urat-urat yang timbul, baru lah nampak bak kata peribahasa ‘tulang besi, urat dawai’ … ahaks
Tapi bagi kaum wanita memang sangat..sangat..sangat tak suka… tak gitu..? Tak lama dulu che petua pernah kongsi beberapa tips dan petua hilangkan urat timbul. Kali nie che petua nak kongsi lagi satu petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan dan merawat urat-urat yang timbul kat kaki dan peha korang yang gebu tu.
Petua nie mudah jer.. tapi seperti biasa kenalah amalkan sekerap yang mungkin barulah akan mendapat hasil yang dihajati. Kalau setakat buat dua tiga kali, lepas tu berhenti.. hmmm.. susah ler sikit petua ni nak menjadi.
Petua Merawat Urat Timbul di Kaki dan Peha
Ambil segenggam kacang hijau. Rebus kacang tu tapi jangan sampai hancur. Satu lagi, jangan dicampur dengan bahan lain… rebus kacang tu saja dengan air. Selepas beberapa minit, padamkan api dan biarkan rebusan kacang tu sejuk dahulu sebelum ditapis dan buang airnya.
Amalkan memakan kacang hijau rebus tu pada setiap pagi dan petang. Satu genggam kacang tu eloklah untuk satu hari. Untuk esoknya, kenalah rebus yang lain pula yer. Jika diamalkan selalu dalam masa dua ke empat minggu urat-urat yang timbul tu akan berkurangan dan akhirnya tak kelihatan lagi. InsyaAllah.
noorliza ismail says
kalau bg org yg mengandung pula mcmana? buat kali ini,saya mengandung,bhgn kaki mmg sakit..urat2 byk yg timbul2… help me pls …
che petua says
Noorliza,
Urat yg timbul memang sering dialami terutama ketika mengandung kerana bebanan lebih dan pada masa sama kaki kurang mendapat rehat. Urat yg timbul tu juga disebabkan perjalanan darah dah terganggu atau tersekat.
Sebaiknya jangan berdiri terlalu lama dan selalu exercise ‘slow walk’ dan pusing-pusingkan kaki supaya peredaran darah lebih lancar.
Cara yg paling berkesan (ikut pengalaman) ialah selalu urut perlahan-lahan guna minyak urut sekurang-kurangnya sebelah pagi. petang dan sebelum tidur.
Tiap-tiap hari cuba rendam kaki dalam air suam-suam kuku. Rendam selama 15 minit setiap hari sampai dapat hasilnya.
Masa tidur kena letak bantal bawah kaki supaya lebi tinggi drpd. kepala untuk peredaran darah.
Elok juga baca petua hilangkan urat timbul untuk info berkaitan.
azlina says
as salam..sy nak tanye..sy skrg mengandung ank yang kedua tpi sy ada masalah..banyak urat2 timbul di paha betis dan kaki sy..so kalau sy ikut petua ini..ada effect tak pada baby dalam kandungan saya..boleh tolong jelaskan…terima kasih
nanan adi dwi says
apa itu yer ?
Tella says
hi,
Orang kata makan kacang hijau, badan akan dingin. Kalau wanita makan makanan yg dingin/sejuk akan melemaskan badan. Betul tak??