July 24, 2014

Petua Rebus Telur

Aiiikkk… rebus telur pun nak kena pakai petua ker? Susah sangat ke nak rebus telur.. hihi…

Haa.. petua merebus telur bukanlah ditujukan untuk surihani surirumah yang setakat nak merebus telur sebiji dua tuh tapi lebih kepada situasi di mana kuantiti telur tu melibatkan projek mega seperti waktu kenduri kahwin.

Orang sekarang nie mungkin dah tak ramai yang bagi bunga telur kat jemputan tapi di kawasan-kawasan pinggir atau luar telur rebusbandar nun mungkin ramai lagi rasanya. Tak tahu la pula kenapa orang kawasan bandar nie makin kurang yang berbuat demikian.. mungkin kerana ikut ‘trend’ atau malas…

Al-maklum sajalah merebus telur dalam jumlah yang banyak nie memang merumitkan kerana telur lebih mudah pecah kalau tak kena caranya. Bila tak tau caranya, telur tu akan nampak hodoh serta kulitnya retak dan pecah. Kalau macam tu tak berapa elok lah kalau nak bagi kat tetamu yang datang betul tak…

Okey, ini ada beberapa petua merebus telur yang mungkin elok dipraktikkan oleh sesapa yang nak buat projek mega tu hehe…

Petua Merebus Telur

Masukkan titik cuka ke dalam air rebusan telur yang sedang mendidih. Kalau tak mahu guna cuka, boleh juga digantikan dengan memasukkan beberapa limau nipis yang dipotong nipis-nipis.

Biarkan sehingga kesemua telur masak. Hasilnya telur tidak akan pecah, malah kelihatan lebih bersih dan putih berseri.

Petua Rebus Telur Kenduri

Satu lagi petua ialah dengan menggunakan garam. Semasa menjerang air, taburkan sedikit garam ke dalamnya. Tunggu beberapa ketika dan lepas tu barulah dimasukkan telur dengan berhati-hati agar tak berlaga antara satu sama lain. Dinasihatkan juga untuk menggunakan api yang kecil supaya telur dapat dimasak dengan rata.

Petua Angkat Telur

Alang-alang dah citer pasal telur rebus nie elok juga dikongsikan teknik nak angkat telur nie dari bekas rebusan dengan mudah dan cepat.

Telur yang dah masak tu kalau dibiarkan lama dalam air rebusan tu kekadang mungkin akan menjadi kurang elok sebab lama sangat terendam.

So, di sesetengah tempat digunakan plastik untuk merebus telur. Lubang-lubang kecil ditebuk pada beberapa bahagian di plastik tu. Kemudian telur dimasukkan dalam plastik dan kesemuanya dimasukkan dalam bekas air rebusan. Jadi, bila telur tu dah masak, angkat jer plastik berisi telur tadi. Dengan demikian, banyak telur dapat diangkat sekaligus.

laman petua:

petua rebus telur, petua rebus telur tidak pecah, rebus telur, cara rebus telur kenduri, cara rebus telur supaya tidak pecah
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*