Petua Sakit Gigi

Petua Meredakan Sakit Gigi.

Bagi yang pernah mengalaminya memang tahu sakit gigi memang amat menyeksakan!  Silap haribulan habis seluruh badan boleh terasa kesakitan dan tak senang duduk kita dibuatnya. Jika kena pada siang hari, hmmm.. eloklah diikhtiarkan untuk ke klinik gigi, untuk dicabut atau ditampal. Tapi kalau kena pada waktu malam, atau waktu-waktu yang kita tak berkesempatan nak ke klinik, macam mana? Tak pun, mungkin ada yang lebih rela menahan sakit… takut nak pergi klinik nanti kena cabut…

Cuba salah satu daripada petua-petua ini, insyaAllah, sakit gigi berkurangan:

Petua 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. InsyaAllah, sakit beransur kurang.

Petua 2: Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat.  Setelah melarut, biarkan seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur  agar sakit gigi reda.

Petua 3: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. InsyaAllah sakit gigi anda cepat hilang.

Petua  4: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

Petua  5: Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

Petua 6: Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2 – 3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

Petua 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8: Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9: Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh.  Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Petua 10: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut. InsyaAllah berkesan.


Petua 11: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Petua 12: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 13: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam, dan anda akan merasa kesannya.

laman petua:

petua sakit gigi, ubat sakit gigi, Penawar batuk, SAKIT GIGI, cara hilangkan sakit gigi

Comments

  1. says

    si cantik ini aku lihat bagus giginya, tapi kenapa dia sampai sakit gigi?

    salam kenal petua, banyak petua bagus disini yang bisa kita ambil sebagai pembelajaran. Blog yang bermanfaat

    • che petuache petua says

      Salam buat Anda,
      Terima kasih kerana sudi menjadi kawan di alam internet ini. Blog anda juga punya banyak maklumat yang berguna buat para bloggers.
      Syabas dan mari kita terus berkongsi maklumat-maklumat yang bermanfaat buat para pembaca.

    • kds says

      saya tgh sakit gigi sekarang pkl 2 pagi…cuba petua yang ada.kumur air garam gigi bertambah sakit.cuba tampal dengan bawang putih….alhamdulillah gigi rasa lega .esok perlu cabut segera….hadui…terima kasih memberi petua…

      • che petuache petua says

        Terima kasih atas kesudian berkongsi pengalaman. Memang susah wooo sakit gigi ni. Satu batang jer yang sakit, tapi habis satu badan terasa.

  2. Mohd.Arizal says

    Dah masuk 35 tahun ni baru first time kena sakit gigi. Fuh seksa bak ang, dpt petua member bg kumur ayaq garam dgn air suam. Mula hilang,, pastu xpi klinik ingat ok blk keja mlm nk pagi tu jd pula, kumur ayaq garam first lg sakit nyut2,pastu try Google dpt page petua ni.. Nk try lah.. #barutaucmnasakitgigubakang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>