Hmm… macam biasalah yer jangan terkezut lak ngan tajuk entri nie. Petua nie tentang kaedah atau cara-cara yang boleh kita usaha dan amalkan untuk merawat sakit pinggang. Bukanlah ia petua camna nak bagi sakit pinggang… hehe..
Okey, let’s get serious… zaman skang nie che petua perasan ramai yang merungut sakit sengal-sengal belakang dan sakit pinggang. Agaknya sebab berjam-jam duduk dalam kereta melayan arus ‘traffic jammed’ kot…
Waktu dulu kalau orang dah berumur sangat barulah ada yang berhadapan ngan masalah sakit pinggang, tapi zaman sekarang nie budak sekolah rendah pun dah ada yang sakit pinggang hatta terpaksa menggalas beg sekolah yang beratnya 10 kilogram setiap hari… huhu..
che petua sendiri pun kekadang ada masalah sakit pinggang nie. Satu penyelesaiannya ialah dengan sapu minyak angin yang che petua beli kat pasar… Hmm.. setakat nie kira berkesanlah jugak.. Lepas disapu minyak tu dalam 2-3 jam, rasa sakit tu reda.
Bagi mereka yang lain mungkin dah berbotol-botol minyak yang digunakan, tapi takde satu pun yang betul-betul berkesan… huhu..
Untuk itu bagi sesiapa yang mengalami masalah sakit pinggang, di sini che petua kongsikan beberapa petua untuk menyembuhkan sakit pinggang secara tradisional…
Petua Merawat Sakit Pinggang
Dengan halia
Ambil 3 batang halia dan satu genggam asam jawa. Cuci halia, parut dan campurkan dengan asam jawa hingga sebati. Sapukan ramuan pada pinggang yang sakit.
Dengan daun kecubung
Petua ni untuk yang mengalami masalah sakit tu dalam tempoh lama yang mana sebelum ini dibiarkan sahaja dan sekarang ni baru terfikir nak berikhtiar. Dan, juga bagi mereka-mereka yang dah pergi check dengan doktor dan dah make sure bahawa ada sakit lain selain daripada sakit pinggang semata-mata. Sambil berikhtiar dengan ubatan moden, boleh lah juga amalkan petua ini. Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sehingga hancur. Kemudian tampalkan ramuan tu pada bahagian pinggang yang sakit. Lakukan 2-3 kali sehari sehingga pinggang tidak lagi terasa sakit.
Dengan daun nona
Petua ni rasanya memang elok sangat untuk nona-nona zaman sekarang. Cari 20 helai daun nona. Rebuskan daun tersebut dengan 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal 3 gelas sahaja. Untuk sembuhkan sakit pinggang, minum air rebusan tu sekali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali minum.
Khairul Zamri says
Dah ada orang yang cuba tak cara ni?
anisshabuddin says
Petua menarik. Yela jalan jem. Duk depan komputer lame2.. mana tak sakit pinggang tu..
luna says
Sy ada menjual minyak belut utk pelbagai kegunaan..berminat blh hubungi sy.
Nur Lailatul Qadrina says
ada tak makanan yang sesuai utk pelajar sekolah menengah yg sakit pinggang ni ?
che petua says
Pelajar sekolah tapi dah sakit pinggang? Alamak.. Jarang sekali orang muda-muda ni nak dapat sakit pinggang. Ni mungkin berpunca daripada salah ‘positioning’ atau pergerakan badan ni.
Kritikal sangat ke sakit tu? Kalau serius elok jumpa doktor dulu untuk check apa sebenar puncanya dan supaya dapat dikenalpasti sakit tu sebetulnya kat bahagian mana. Kes-kes macam ni orang kata elok gi klinik homeopathy.
Kalau rasa sakit biasa-biasa jer, boleh amalkan senaman jalan. Bukan jogging, bukan lari tapi JALAN. Jalan lah keliling taman atau mana-mana tempat yang boleh kita berjalan se’round’ dua. Lama-lama sakit tu hilanglah. Amalan jalan ni pun sebenarnya elok kalau ada sesapa yang rasa sakit-sakit lutut. Tak caya, cuba perhatikan atau tanya nenek atau makcik-makcik yang sering dilihat beriadah kat taman tu. Kalau panadai ambil hati, banyak ilmu diaorang akan kongsi.
nad says
Saya nak trylah petua ini..terima kasih atas perkongsian
DoaDoaPilihan says
Daun kecubung n daun nona tu mmg saya tak kenal ntah mana nak cari. Petua guna halia n asam tu senang juga…