Salam,
Ada tak sesapa yang rasa matanya nampak macam lebam dan seperti ada lingkaran hitam di sekeliling mata… Hmm.. tu bukan apa, semuanya sebab banyak sangat merenung… merenung komputer lama sangat tuh..
Jangan khuatir.. nie che petua nak kongsi petua ringkas camna nak segarkan kembali mata tuh..
Petua Segarkan Mata
Pandai-pandailah cari seketul ais atau air batu (saiz kecil dah lah). So, main-mainlah ngan ais tuh, lumur-lumurkan kat keliling kedua-dua belah mata selama 5-7 minit. Teknik ini membantu melancarkan kembali peredaran darah di bahagian sekeliling mata dan membuatkan mata rasa segar semula.
Petua Segarkan Mata dan Nyahkan Lebam Hitam
Sediakan dua keping hirisan timun. Hiris tu jangan terlalu nipis, biar tebal sedikit lagi elok. Cari port yang sesuai untuk pejamkan mata dan letakkan hirisan timun tuh kat atas mata. Cuba biarkan selama setengah jam atau lebih. Nak tidur terus pun lagi terbaik… ahaks… Lepas bangun tuh, sure rasa cam mata cukup segar. Lingkaran seakan hitam kat keliling mata pun dah tak kelihatan.
Satu lagi Petua Segarkan Mata dan Nyahkan Lebam Hitam
Cari beberapa helai daun sirih. Bersihkan daun sirih tuh, masukkan dalam mangkuk dan tuangkan air suam. Kendian ramas-ramaskan daun sirih tu dalam mangkuk berisi air tersebut beberapa ketika. Setelah dirasakan air pati sirih tuh dah bercampur dengan air dalam mangkuk, keluarkan daun sirih. Setelah itu rendamkan mata anda dalam air pati tersebut sambil mengerdip mata beberapa kali. InsyaAllah, mata akan terasa lebih segar.
lola says
saya pernah wat petua letak timun kat mate.. tapi mata sy jadi pedih kesan dr air timun tu…ok ke klu cm tu.?
che petua says
Ohh… kalau gitu tak betul caranya tu… pastikan air tu tak masuk dalam mata. Kelembapan timun tu tujuannya untuk bahagian luaran mata jer. Cuba pejamkan mata rapat-rapat atau ubahsuai sedikit kedudukan kepala tu supaya sekiranya air timun tetap mengalir, ia tak masuk ke mata yer.
Kalau tak boleh juga, usah cuba… sebab saya tak tahu kesan air timun tu kalau dah masuk dalam mata. Mungkin berbahaya atau mungkin tidak. Apa pun elok jangan biar ia masuk ke dalam mata.
Wan says
Sy ad baca stu blog petua2 cmni gk, die kte xley letak ais kt mata, nnti makin gelap bwh mata. Yg mne stu btul ni?
che petua says
Setiap orang ada pandangan masing2 lah kan… Kalau ditanya yg mana satu yg betul tu, para pembaca kena ‘tepuk dada tanya selera’. che petua ada buat rujukan sendiri dari sumber bacaan dan kongsi2 pengalaman dengan rakan2 lain. Tapi tak semestinya apa yg disampaikan oleh che petua nie tepat 100%.
Berkenaan tips dan petua nie juga tak semestinya ‘mujarab’ dan serasi untuk semua orang. Perumpaannya macam sesetengah orang yg makan ubat contohnya ubat kurus (contoh jer ye). Sebahagian orang makan memang nampak hasil, sedangkan yg lain pula berbulan2 telan ubat tapi hasilnya tak seberapa. Mungkin tak serasi…
Satu lagi contoh ialah petua hilangkan jerawat. Zaman sekolah dulu mungkin ada yg pernah hilangkan jerawat guna ubat gigi jer. Memang berkesan. Tapi bagi yg lain, makin ditaruh ubat gigi makin banyak pula jerawat yg naik..huhu..
Bercakap soal petua nie juga, tak ada kajian yang benar2 konkrit (atau mungkin che petua yg tak dapat cari hihi..) untuk buktikan satu2 petua tu betul-betul berkesan atau sebaliknya. Tapi pada masa yg sama, biarpun ada kajian saintifik dsb.nya mungkin akan ada orang yg sangkal. Contohnya seperti saranan kebanyakan ‘pakar’ supaya kita minum air 8-12 gelas setiap hari. Pernah juga terbaca bahawa ada kajian lain mengatakan minum air dalam kuantiti yg banyak hakikatnya tak beri apa2 kesan besar pun. Setakat minum 2-3 gelas air sehari pun dah cukup.
Hmm… entah ler.. tepuk dada, tanya selera… Moga penjelasan ini sedikit-sebanyak menjawab persoalan Wan tu yer..
nha says
Semuanya pakai waktu tido..habis laa bantal..
Kr. says
Boleh try guna penutup mata masa tidur… 🙂
czz says
Assalamualaikum,
saya mempunyai masalah mata putih jadi kemerah-merahan..dan kadang2 kawan bertanya dan kata saya sakit mata, persoalannya sekarang bagaimana cara tuk saya hilangkan tanda2 merah pada mata…
pina says
Sye dh try yg letak ais tu ..knpe die lg lebam ?!!
hallo says
apelah admin… petua macam sampah
ain says
jgn ckp mcm tu.. kwn sya letak ais oke je.. bkn smua org akn dpt hasil yg sama dari petua2 yg org bagi.. sya guna ais pn xbrkesan.. tp sya xsalahkn sesapa pn sbb mngkin guna ais xssuai utk sya.. jd jgn la salahkn admin, dn cuba la cari alternatif lain ye 🙂