December 18, 2014

Petua Selsema

Selsema akan membuatkan kita berasa kurang selesa.  Kekadang tu bermacam ubat hospital yang ditelan namun penyakit selsema makin berpanjangan. Ada baiknya dicuba beberapa petua selsema ini:-

Untuk yang dewasa, boleh dicuba cara ini.


Petua #1: Ambil beberapa batang daun sirih dan lap hingga bersih. Tumbuk atau hancurkan batang-batang sirih tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya.

Cecair lendir akan melegakan selsema dan melancarkan semula pernafasan kerana hidung yang tersumbat akibat selsema. Cuba amalkan beberapa kali, insya-Allah selsema akan sembuh.

Petua #2: Ambil sebiji limau nipis. Perah airnya ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan minum air campuran tersebut.

Petua selsema berikut lebih bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak.

Petua @1: Sediakan kunyit hidup dan bersihkannya. Asah kunyit tadi pada sesuatu – lebih elok kalau diasah pada bahagian bawah pasu, menurut petua tradisional melayu.

Sapukan hasil asahan tadi ke batang hidung bayi. Waktu yang sesuai adalah selepas bayi dibersihkan seperti lepas mandikan bayi pada sebelah pagi dan petang dan seeloknya ketika bayi tidur.

Selalunya selsema akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa kerana hidung tersumbat. Dengan cara ini, bayi dapat tidur dengan lebih selesa kerana selsemanya akan cepat kering dengan bantuan sapuan halia tadi.   Cuba amalkan selama beberapa hari, insya-Allah selsema akan sembuh sepenuhnya.

Petua @2: Sediakan 3 helai daun sirih.  Sediakan juga sebiji limau nipis. Belah dan perah limau nipis tadi untuk mendapatkan air perahan. Campurkan perahan limau nipis dengan air sirih dan biarkan seketika. Sapukan air campuran tersebut ke dada dan leher kanak-kanak yang terkena selsema.

Bagi mereka yang sering terkena selsema pula, cuba amalkan petua elak selsema ini:

1.  Mandi dengan air suam pada sebelah petang.  Air sejuk akan menjejaskan kesihatan badan.

2. Amalkan minum air halia, seminggu sekali.

3. Bersihkan hidung setiap kali mandi. Caranya masukkan air ke dalam hidung. Tahan selama lebih kurang 5 saat dan kemudian hembuskan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali anda mandi.

Dengan izin Allah, penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya tidak kerap seperti dulu.

laman petua:

petua selsema, bayi selsema, selsema, selsema berpanjangan, petua hilangkan selsema
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Nisha says:

    petua yang guna daun sireh ni pertama kali saya jumpa. yang biasa buat, minum air teh suam dengan limau nipis. untuk kanak2 pula, biasanya yang guna kunyit tu, sapu di hidung dia. saya patut try petua guna daun sireh tu. manalah tahu mungkin lebih mujarab. Thanx info yang bagus.

  2. azian says:

    Petua yang bagus.saya suka yang tradisional.

Speak Your Mind

*