July 24, 2014

Petua Sembelit

Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.  Tapi kalau dah sampai tiga hari tak membuang.. hmm… maknanya something wrong somewhere lah tu.. Maknanya mungkin kita dah kena sembelit.

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk berak atau sangat jarang terasa untuk membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
•   Kurang serat dalam diet.
•   Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
•   Pengambilan ubat-ubatan.
•   Susu.
•   Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
•   Penyalahgunaan julap.
•   Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
•   Kekurangan air.
•   Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
•   Masalah dengan kolon dan rektum.
•   Masalah dengan fungsi usus i.e.sembelit kronik yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya sembelit berpunca daripada pemakanan yang kurang baik.

Jadi, bila dah tahu punca-puncanya, maka eloklah kita amalkan beberapa tips mudah untuk mencegahnya seperti
• Makan pelbagai jenis makanan yang banyak serat seperti kekacang, bijirin, buah dan sayur-sayuran segar.
• Amalkan minum banyak air.
• Elak tabiat menahan untuk membuang air besar

 

Bagi mereka yang ada masalah sembelit atau susah nak buang air besar elok cuba petua ni.

Petua Mudah Buang Air Besar

Cari beberapa biji pisang abu. Bakar pisang tu dengan kulit-kulitnya sekali dengan api yang kecil. Bakar hingga ia masak dan nampak kehitaman kulitnya. Bila dah agak suam sikit, buka kulitnya dan makan pisang yang telah dibakar tu.

Amalkan makan pisang bakar itu ketika masih suam setiap hari. Ia dikatakan dapat membantu sistem pelawasan badan dan memudahkan untuk membuang air besar.

laman petua:

petua sembelit, petua mudah buang air besar, sembelit, mudah buang air besar, petua mudah berak
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*