August 22, 2014

Petua Senggugut

Sesetengah wanita yang kedatangan haid akan berasa sakit pada bahagian perut dan peranakan. Penyakit nie dinamakan senggugut atau dalam bahasa omputeh ‘period pain‘.

Sakitnya memang susah nak dibayangkan bagi yang tak pernah mengalaminya. Tapi untuk mengambarkan tahap kesakitannya ia seumpama ‘cramp’ atau kekejangan macam kita cramp waktu main futsal dsb.nya. Malah bukan setakat kejang, pada masa yang sama ada juga yang akan rasa macam senak perut gitu.

Kesakitan yang dirasakan memang akan buat seseorang tu rasa cukup tak selesa malah kekadang sakitnya teramat-amat sampaikan nak buat kerja lain pun dah tak boleh dah.. huhu..

Tapi nasib baiklah sakit senggugut nie tak berpanjangan. Biasanya setakat dua atau tiga hari ketika mula didatangi haid. Selepas tu sakitnya akan hilang dengan sendiri… insyaAllah…

Menurut pendapat kebanyakan orang berpengalaman, wanita yang sering mengalami masalah senggugut lazimnya sukar untuk mengandung. Tapi kawan che petua ada yang mengalami senggugut dan alhamdulillah dah ada zuriat pun… Cuma katanya ketika nak melahirkan baby tu dirasakan lebih sakit berbanding ngan wanita yang tak pernah kena senggugut.

Sebab-musabab terjadinya senggugut nie ikut pembacaan che petua ialah kerana ketidak seimbangan hormon atau disebabkan faktor genetik. Ada juga yang kata kerana faktor pemakanan.  Hmm… kalau nak tau lebih lanjut kenalah bertanya pada doktor pakar…

Apa penyakit pun kita perlu berikhtiar untuk mengubatinya atau setidak-tidaknya mengurangkan kesakitan yang dialami. Untuk itu, che petua nak kongsi beberapa petua mengatasi masalah senggugut nie  . Mana tahu jika ia betul-betul serasi dengan mereka yang mengalaminya.

Petua Elak Senggugut Dengan Bawang Merah

Petua nie dikatakan dapat mengelak senggugut daripada menyerang atau kalau kena juga, sakitnya tu tak lah teruk sangat seperti sebelumnya.

M.O.nya ialah ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dalam segelas air panas. Kendian kacau dan minum air tersebut.

Petua Rawat Sakit Senggugut

Orang dulu-dulu ada ikhtiar untuk menyembuhkan terus penyakit senggugut. Dikatakan bahawa kalau tak jemu mengamalkan petua nie insyaAllah sakit senggugut akhirnya tak menyerang lagi.

Rahsianya ialah dengan mengamalkan minum air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya dan jika senggugut masih menyerang, cepat-cepat rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang telah dicampur dengan garam. Cuba terus mengamalkannya sehingga rasa sakit hilang.

Petua Kurangkan Sakit Kejang Haid

Satu petua yang paling mudah yang che petua selalu dengar ialah dengan minum air coca-cola. Hmm.. kalau korang nak tahu coca-cola nie in fact mula-mula dipromosikan sebagai air ubat ketika ia mula-mula diperkenalkan puluhan tahun dahulu. Apa rahsianya tak tahulah tapi kawan-kawan che petua yang mengamalkannya berkata memang ia berkesan.

Petuanya ialah kalau diserang senggugut, minum satu tin atau satu gelas air coke. Ada yang kata air sarsi pun boleh juga. Minum kemudian berehat sekejap. Sedikit demi sedikit kesakitan yang dialami akan hilang.

Tuam Dengan Air Panas

Satu cara yang diamalkan oleh kebanyakan orang ialah bila rasa sakit tu, cuba tuam atau demah perut dengan kain yang dicelup dengan air panas. Nak lebih elok isikan air panas ke dalam bekas plastik, balut dengan kain dan letakkan ke perut. InsyaAllah, ia mampu mengurangkan kesakitan yang dialami.

laman petua:

senggugut, petua hilangkan senggugut, cara hilangkan senggugut, cara menghilangkan senggugut, sengugut
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. wanda says:

    dulu sy senggugut gak susah hamil..sy makan ubat herba bidan..alhamdullilah ada rezeki hamil.kalo ada sape2 nk try ubat tu bleh hubungi sy di 0I33788985..

  2. fiza says:

    Saya memang dari zaman remaja dulu memang selalu kena senggugut ni..alhamdulillah sejak dah ada anak ni berkurang la jugak..tapi sakit tu mesti ada gak setiap kali period..

  3. rosni says:

    Herba maharani dapat membantu hilangkan sakit senggugut..pm/wasap saya jika berminat..012-0604001

  4. Menarik info ini. Insya-Allah pasti membantu ramai wanita yang bermasalah senggugut

Speak Your Mind

*