September 20, 2014

Petua Serangga Masuk Telinga

Serangga dan binatang-binatang kecil seperti semut dan ulat pun macam manusia gak… kekadang boleh tersesat. Yang jadi masalahnya ialah bila serangga tu sesat pergi masuk lubang telinga kita.. hmm.. mesti kelam-kabut dibuatnya..

Itu citer pasal serangga yang tersesat. Kira macam kes yang tak disengajakan. Camna pulak kalau sesaja pegi masukkan binatang tu kat dalam telinga…!? Kejadian nie dialami sendiri oleh ibu mertua che petua..

Dahulunya ibu che petua ialah seorang guru dan pernah mengajar di sekolah luar bandar. Ada satu hari tu katanya, ada bebudak ‘melawak’ camna ntah pegi masukkan lintah kat dalam telinga kawan. Apa lagi meraung lah budak tu… Cikgu-cikgu kat sekolah tu suma jadi kelam-kabut tak tahu nak buat apa…

Last-last sekali, memandangkan rumah budak tu berhampiran ngan sekolah, maka ada cikgu yang pergi beritahu ibubapanya kat rumah nak minta ikut sekali hantar gi hospital. Tapi parent budak tu minta hantar jer anak mereka balik ke rumah. Esoknya… rileks jer budak tu datang sekolah balik. Telinga dia pun okey jer.. seolah-olah tak ada apa-apa pun yang berlaku sebelumnya.

Petua Telinga Dimasuki Binatang Kecil

Bila cikgu-cikgu tanya camna lintah tu boleh keluar, budak tu beritahu maknya tolong ubatkan. Katanya, emaknya ambil sedikit kapur sirih, campur ngan sedikit air dan palit di sekeliling bahagian luar telinga yang dimasuki lintah tu. Dalam beberapa minit jer lintah tu keluar dengan sendiri.

Jadi, kalau ada anak-anak korang atau korang sendiri yang mengalami masalah serupa.. errr.. telinga dimasuki serangga dsb.nya cuba buat petua nie. Sapukan sirih kat telinga tu. InsyaAllah, serangga tu akhirnya akan keluar bila ia rasa panas  disebabkan kapur sirih tu.

laman petua:

serangga masuk telinga, telinga masuk serangga, binatang masuk telinga, serangga masuk dalam telinga, ulat masuk telinga
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*