Mungkin ada yang rasa pelik sikit tentang tajuk petua nie. Apa kes lak nak bersuara lembut nie.. hehe…
Tapi sebenarnya banyak keistimewaannya bagi sesiapa yang memiliki suara yang lembut terutamanya bagi seorang wanita.
Bayangkanlah kalau yang baru berkahwin tu, sedang melayari malam pertama tutup jer lampu tidur tetiba suara tu bertukar garau sedikit ala-ala suara jantan…. tak ke panik sang jejaka dibuatnya… ahaks..
Wanita yang bersuara lembut nie selalunya ‘tampak’ lebih ayu dan manja.
Dengan suara yang lembut tu rasanya kalau nak marah atau berleter berjam-jam kat pasangan pun dia mesti tak kisah punya.
Sebab bunyi suara tu sedap jer bak buluh perindu.
Satu kelebihan lagi, baik untuk wanita mahupun lelaki, jikalau ada yang bersuara lembut nie kan lebih sedap nak mendendangkan lagu sewaktu berkaraoke dalam bilik mandi.
Maka dengan sebab itu lah agaknya ada sesetengah orang tu pabila minum kat kedai jer mesti order air asam, nak jaga suara lah katakan… hihi…
Anyway, selain dari amalan minum air asam sepertimana yang ramai orang selalu buat tu, ada satu lagi petua tradisional untuk membolehkan kita memiliki suara yang lemah gemalai nie yang mungkin ramai yang tak tahu.
Petua Memiliki Suara Lembut
Petuanya ialah dengan mengamalkan minum air kepala kelapa. Ambil air kelapa muda yang fresh dan tuangkan dalam gelas atau cawan. Jangan diminum terus. Biarkan dahulu selama satu malam.
Keesokan paginya selepas selesai bersarapan, barulah diminum air kelapa tersebut. Amalkan setiap pagi atau setiap dua hari sekali. InsyaAllah, jika rajin beramal, selepas beberapa lama anda akan melihat manfaatnya.
Eyka LoveLavender says
Nak kena smpan air 2 lam peti sjuk kew?
amsyar says
hantah la
miyah says
Tidakla . Aku letak di ats mejA tp d tutup jgaak laah
amsyar says
sye cube dhulu
Harris says
Simpan dalam peti ais ke letak kt luar ?
miyah says
eheh , mesti air kelapa kah ?
mohamad jazlee says
assalammualaikum , air kelapa tu harus di tutup atau boleh simpan dalam peti sejuk !!! harap dapat membalas ???
che petua says
Wa’alaikummusalam Mohamad Jazlee. Tuang dalam gelas atau apa-apa bekas yang sesuai dan simpan kat atas meja makan atau kat satu sudut di dapur. Bekas tu eloknya ditutup ataupun kalau dah ditudung kat meja makan tu rasanya dah kira okey. Manalah tau kan waktu malam ada pula serangga-seranggi yang masuk kat dalam tu ataupun cicak buat swimming pool lak kat dalam bekas tu.
Mengkalau nak simpan dalam peti sejuk pun boleh. Tapi harus juga ditudung supaya ‘zat’ nya tak hilang. Lagi satu sebab haru ditudung ialah bagi orang yang dah biasa simpan minuman yang tak habis dalam peti sejuk mesti perasan. Kekadang bila peti sejuk tu turut disimpan makanan lain yang ada bau, bau-bauan tu turut ‘mempengaruhi’ makanan dan minuman lain yang sama-sama disimpan di dalamnya.