November 1, 2014

Petua Suburkan Rambut

Korang tentu pernah dengar ungkapan “rambut adalah mahkota kecantikan” . Tentu ramai juga yang setuju dan mungkin ada gak yang tak berapa setuju terutama para jejaka yang lebih suka membotakkan kepala.. hehe…

Dulunya che petua pernah juga berkongsi tentang petua lebatkan rambut. Petua tu lebih kepada mereka yang memang dah ada rambut, tetapi kemungkinan nak tambahkan ‘kelebatan’ nya supaya ‘mahkota’ tu nampak lebih menyerlah.

Kali nie pula che petua nak konsi pula petua suburkan rambut, yakni ikhtiar secara tradisional untuk mendapatkan manfaat yang hampir serupa… serupa tapi tak sama. Petua meyuburkan rambut nie sasarannya lebih kepada mereka yang mempunyai rambut yang jarang.

Hmm.. kalau dilihat pada iklan dalam tv dan majalah sekarang nie tentu korang perasan bahawa satu daripada ‘masalah negara’ sekarang ialah makin ramai yang kekurangan rambut.. huhu… Makin lama makin banyak ‘stress’ agaknya kita petuia kepala botaksemua nie ooppss.. hehe..

Untuk menyuburkan rambut sebenarnya tidaklah memerlukan belanja yang mahal. Dengarnya kalau pergi buat rawatan di pusat-pusat kecantikan dan perawatan rambut tu ada yang sampai cecah kos ribu-ribu (bergantung kepada pakej)…

Hmm.. tapi kalau disenaraikan bahan-bahan ‘semulajadi’ yang digunakan dalam rawatan tu mungkin ada yang terkedu. Ramai yang mungkin akan kata “Ek eleh… kalau cam tu baik buat sendiri jer..” Buat sendiri? Hmm… lu pikirlah sendiri apsal selama tak buat sendiri… Ye lah kan selama nie memang tak tau bahan-bahan nya sebab tu tak buat sendiri.. hihi..

Di sini dikongsikan beberapa petua suburkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi. Tapi petua nie rasanya tak leh lah nak dibandingkan dengan rawatan yang dibuat di pusat kecantikan tu kerna diaorang gunakan lebih banyak bahan-bahan. Dengarnya ada yang gunakan gabungan atau kombinasi campuran sampai 20-30 bahan.

Apa sekali pun, perlu dingat salah satu kunci utama untuk mendapat hasil yang memuaskan ialah dengan melakukan petua atau perawatan nie secara rutin (kerap). Setakat buat sekali dua jer.. hmm.. jangan harap nak dapat rambut cam Maya Karin.

Petua Suburkan Rambut

Tebang sebatang pokok pisang dan buat lubang pada bonggolnya.

Lepas tu embunkan semalaman untuk mengumpul sejumlah air pada lubang bonggol tersebut. Gunakan air tu untuk diratakan dan diramas pada rambut dan kulit kepala. Lepas selesai, bilas rambut dengan air bersih. Amalkan 3 kali dalam seminggu. InsyaAllah, rambut akan tumbuh lebat kembali.

Petua Merawat Rambut Botak

Ini untuk kes yang lebih kronik bilamana rambut tu hampir botak. Petua nie memang petua berkurun lamanya tapi ramai yang mungkin tak tahu (che petua pun baru jer tahu hehe…).

Caranya, kalau ada yang sanggup ler, ialah sapu atau lumurkan darah ayam yang baru disembelih dan masih segar ke kepala yang botak. Dikatakan, lepas beberapa lama kepala yang hampir botak tu akan kembali ditumbuhi rambut.

Petua  Menyuburkan Rambut

Ambil beberapa helai daun lidah buaya, cuci dengan bersih dan belah dan buang kulitnya untuk mendapatkan lendirnya.

Gosokkan lendir tu dengan rata ke kulit kepala sambil dipicit-picit, diramas dan dibelai kulit kepala tu. Pastikan lendir tu betul-betul sampai ke kulit kepala kay.. Kemudian biarkan seketika selama 15-20 minit sebelum dicuci bersih.

Cuba amalkan selama 3 hali berturut-turut dan perhatikan kesannya selepas seminggu. Dikatakan petua nie membantu agar rambut tumbuh lebih subur dan sihat kerana lidah buaya mengandungi nutrien yang istimewa sesuai untuk kesuburan rambut secara semulajadi.

 

laman petua:

suburkan rambut, petua menyuburkan rambut, cara suburkan rambut, petua tumbuh rambut botak, rambut
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*