Ada orang sukakan rambut yang pendek. Senang nak jaga katanya… Ada pulak yang suka rambut yang panjang mengurai.. sebab rasa cam tak berapa ‘best’ kalau rambut tu pendek cam lelaki.. hehe…
Apa-apa pun tentu semua orang setuju (kecuali Britney Spears atau Madonna yang suatu masa dulu pernah buang tabiat pergi botakkan kepala hehe..) bahawa rambut itu adalah ‘mahkota’ kecantikan.
Yang pentingnya juga ialah rambut pendek atau panjang, kebersihan rambut kenalah dijaga dengan baik.
Cuba bayangkan rambut tu kalau tak pernah disyampu sebulan.. hmmm… maunya berbau hapak.. hihi….
Rambut yang tak dijaga dengan baik lama-kelamaan akan ‘sakit’ dan sebab itulah kekadang ia lambat nak jadi panjang.
Justeru, kali ni che petua nak kongsi pula petua tradisional agar rambut cepat panjang dan lebat.
Petuanya ialah dengan menggunakan serai. Sediakan seberapa banyak serai yang boleh korang cari, tumbuk sampai pecah-pecah serai tu dan kendian rebus sehingga mendidih.
Lepas dah mendidih, tutup api dan biar ia menyejuk dengan sendiri. Bila air rebusan tu dah sejuk, ambil airnya dan sapukan ke kulit kepala.
Picit-picit dan ramas-ramas sedikit kulit kepala tu untuk membantu melancarkan aliran darah di bahagian kepala. Setelah selesai, rileks-rileks dahulu sambil baca majalah, tengok tivi, layan internet atau buatlah apa-apa yang patut. Biarkan selama 2 jam sebelum dibasuh dengan air bersih.
Cuba amalkan 3-4 kali dalam tempoh seminggu. Serai Β atau lebih tepat lagi air rebusan serai tu dikatakan boleh membantu menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan rambut gugur berlebihan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru.
fizah says
setakat ni rambut saya cepat aja panjang contoh dalam minggu ni saya gi salun untk gunting rambut yg rosak di hujung lpas 2 minggu dh panjang..,, rambut saya panjang paras atas pinggang saya sekarang cuba nak mengatasi rambut ni dari gugur.. huhu susah juge rumah x smpai seminggu rambut bnyk di karpet & lantai..
che petua says
Nampaknya Fizah memiliki rambut yg panjang dan lebat. Jadi biarpun banyak yg gugur tapi tak terasa sangat… dia balanced out..
Pernah terfikir tak mungkin rambut tu mudah gugur sebab faktor pemakanan… hmm.. cuba siasat dari sudut itu pula. Jangan makan benda2 yg awak selalu makan.. contohnya macam ayam goreng ker (contoh jer..) atau lain2 dan tengok ada perbedaan ker.. Test satu-persatu.
Kebanyakan penyakit atau perkara2 berkaitan masalah tubuh nie selalunya berpunca dari perut (maknanya apa yg kita makan). So, mungkin ada kena-mengena kat situ.. atau mungkin sebab awak ‘stress’ kot.. hmmm…
nabella says
knape ekk?? rmbut sy ni susah nk panjang?? hri tuu rambut sy dan sepupu sy , sy yg lbih pnjg .. tetibe bli sy blik kmpung … rmbut die daa mlebih dri say taw!!! dulu atas bahu .. skarang daah nk smpai pinggang !! cpatnyer rmbut dyer pnjg dripda sy …
leena says
mcm mna nk hilang kan kutu..? Ank2 ada kutu ssh nk hilng kn.. bleh bg petua tak? Terima kasih..
che petua says
Cuba ikhtiar dengan petua hilangkan kutu nie. Sama-sama Ieena.
derika says
ermm bnyk jgk petua yg saya baca khasiat serai ni boleh buat rambut jadi
lebat dan sihat π buat setakat ni saya dah 2 minggu amalkan petua ni
terima kasih π
munira says
adew tak sape2 yg cube dan berjaya..?? saya ingat nk cuba sbb rambut sye pendek,sye nk rambut panjang… klu ikut petua,rambut akan panjang dalam berapa lama jangka masa..?? selepas rambut panjang,perluka mengikut petua ini lagi..?? saya harap anda dapat blas kesemua soalan sye dan balas secepat mungkin…hehheheh terima kaseh π
mimiey says
betul ker kalau gner petua nie rmbut cept pnjng??
atieka says
sis , saya slalu cbut rmbut , lbh2 klu tngah rhat2 msty tngan ne tak bhnti nak tarik2 rambut tu , smpai skank butak kat tngah2 kpala , smpai2 malu nak kuar umah , mcm mna nak atasi nie sis , harap sis dapat tlong . terima kasih π
Qaseh umaira says
Knp cabut rmbut? Sayangny.. Lao Qaseh rse na ngs tgk rmbut gugur. Tmbh na cabut, jauh skali. π
hayati says
ada tak petua nak hilangkan parut jerawat terutamanya parut yang berlubang?
Akuskandalpilihanmu says
Guna kertas pasir
nurliyanad.o says
hai rambut saya pendek tapi macam mane nk panjangkan susahlah…..
surihainy says
samala aq pn slalu cbut rmbut . . haha
velery ann says
sya rsa nak cubalah….hehe….sya cemburu lihat rambut kwan sya semuanya panjang
aku kimi says
sis tempoh hari sy ade kem n terpaksa botakkan kepala, so sy nk bg rmbut sy tumbuh cepat mcm mne? agak2 gune kaedah itu brape lame dapat tumbut per inci?
che petua says
Saya nak bagi satu rahsia yang ramai orang tua-tua tahu tapi biasanya diaorang buat-buat tak tahu. Nak bagi rambut tumbuh elok dan cepat tumbuh, sapulah minyak special (tak ingat dah color apa: mungkin merah atau hijau π ). Minyak ni kedai gunting rambut kedai mamak biasanya ada. Lagi satu boleh tanya kat kedai runcit yang tuan empunya nya orang India atau mamak.
P/s: Tanya kat kedai runcit Melayu nanti silap-silap dia kasi minyak rambut Brylecream. Tanya kat kedai Cina nanti dia syor minum herba ginseng.. hihi..
Akuskandalpilihanmu says
Minyak tu nama dia minyak rambut zam zam atau ‘zam-zam hair oil’….. tapi aroma dia tue yang tak brapa nak best. Kekadang sampai pening kepala dibuatnya makin2 kalau dalam keadaan panas dan berpeluh. Mau tak nya wajah jadi sangat berminyak dan berkilat macam orang tak mandi dari pagi sampai petang belom cuci muka kak….. baik elakkan kalau boleh atau ia bakal jadi antara 10 hal yang anda menyesal yang anda pernah buat dlm hidup
a little princess says
thank u sebab bg petua yg amat berguna….teruskan usaha anda…CHAIYOK!!!!!!!!
eyira says
klau xtunggu 2 jam xpe ke ?
nurul alyssa says
Mcm mne nk guna nie…….?????
faezah kewchik says
Tq for tipΒ² yg korang bgi…:)
β¬)
Nur kasih cinta sumaiyah bt dato' razman says
tq 4 tips ini ye..dari dulu lagi nak cube,tapi daunnya susah nak dapat..yela kat kawasan umah banglo byk2 ni mana ada…kat kampung pun takdew…hermmm..macamana nak cari ni…-_-
anon says
Cuba cari kat tesco.
cinta hati says
Jangan nak berlagak la nur kasih cinta sumaiyah.. menyampah aku.
fckU says
JANGAN NAK BELAGAK LA SETAN, ANK DATOK KONON
Anak Dato Kepada Anak2ku says
Aku duduk banglo elok je tanam serai belakang rumah. noob
RakyatSeley says
Banglo konon! Entah2 rumah setinggan π
Your friend says
Ataupun rumah pnjg ππ