October 22, 2014

Petua Merawat Masalah Susah Bernafas

Situasi susah nak bernafas atau masalah sesak nafas nie lazimnya dikaitkan sebagai salah satu tanda awal bagi mereka yang berpotensi diserang sakit jantung atau penyakit berkaitan paru-paru.

Tapi ada masa-masa tertentu individu yang sihat sekalipun mungkin akan mengalami sesak nafas bilamana buat kerja susah bernafasatau melakukan aktiviti melebihi tahap kebiasaan, contohnya kalau selama nie cuma naik tangga 3 tingkat setiap hari, tetiba kena naik 10 tingkat atau selama nie cuma dukung seorang anak pada satu masa, tetiba kena dukung dua orang anak sekali.. hehe…

Selain tu, menurut kajian ada beberapa kumpulan individu yang termasuk dalam golongan yang kemungkinan besar sering mengalami serangan penyakit susah untuk bernafas nie iaitu:

  • Mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan yang membawa kesan kecederaan atau hentakan pada bahagian dada. Biasanya lepas beberapa bulan insiden kemalangan tu berlalu, barulah mula merasai kadang-kadang susah nak bernafas. Sebab itulah orang dulu-dulu selain mendapatkan rawatan di hospital, diaorang ada juga pergi mengurut. Tapi pastikan tukang urut tu betul-betul mahir. Kalau takat gitu-gitu jer takde faedahnye.
  • Mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal yang berat dan mengeluarkan peluh. Golongan sebegini kalau disuruh ubah pasu bunga pun kekadang boleh semput nafas tu..huhu..
  • Mereka yang terlalu gemuk dan berperut buncit dan amat jarang atau hampir tidak pernah melakukan senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Mereka yang sering memandu atau naik kenderaan untuk perjalanan jauh pada waktu malam dan pada masa sama selalu buka ‘air-cond’ tahap sejuk beku dalam kereta.
  • Mereka yang tetiba dapat berita yang menyedihkan atau mengejutkan.
  • Mereka yang terlalu kerap mengadakan hubungan kelamin dalam satu hari.
  • Wanita yang sedang hamil melebihi empat bulan yang menghadapi situasi kedudukan bayi dalam kandungan tidak berada dalam posisi yang betul.
  • Wanita yang mengalami masalah senggugut yang teruk.
  • Mereka yang bekerja pada waktu malam dan pada masa sama sangat kuat merokok.

Petua Merawat Masalah Susah Bernafas

Sesiapa yang sering mengalami masalah susah nak bernafas nie ada eloknya cepat-cepat gi check ngan doktor. Pastikan dulu apa masalahnya.

Kalau doktor dah kata, semua okey jer… hmm.. eloknya lepas nie banyakkan lah bersenam. Biar badan tu berpeluh sikit.

Selain tu amalkan juga petua lama berikut untuk mengatasi masalah sukar bernafas.

Amalkan makan bawang besar yang sudah dimasak setiap hari.

ATAU

Sediakan 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari dan air sejuk (sebanyak dua gelas).

Tumbuk serai yang dicampur dengan gula merah tadi hingga hancur. Kendian masukkan dalam periuk (kalau guna periuk tanah lebih bagus), lepas tu masukkan atau tuang air sejuk.

Panaskan kesemuanya hingga mendidih dan sehingga air dalam periuk tu berbaki satu gelas jer (agak-agak ler…).

Tapi dan minum airnya. Amalkan minum ramuan nie dua kali seminggu. InsyaAllah, penyakit susah nak bernafas tu lama-lama akan pulih.

laman petua:

susah bernafas, sukar bernafas, susah nak bernafas, punca susah bernafas, punca sukar bernafas
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*