Menarik tak tajuk petua nie.. hehe… Petua Telor. Kalau geng lelaki yang baca agaknya mesti ada yang terpikio telur lain ni… ahaks…
Telur yang che petua maksudkan ialah ‘telur’ yang biasa kita makan tu… termasuklah telur ayam, telur itik, telur burung, telur unta dan seangkatan dengannya.
Kekadang ada di antara kita yang suka beli telur banyak-banyak tapi lepas tu terlupa. Makanya, mungkin ada telur yang dah lama tersimpan berminggu-minggu atau berbulan tak digunakan. Hmm… agak-agak korang lah apa jadi kalau telur lama tu dipecahkan? Al-jawabnya bau pekung lah satu rumah… mungkin sampai ada yang muntah-muntah….
So, kali nie che petua nak kongsi petua bagaimana nak tahu sama ada telur tu boleh lagi digunakan atau dah boleh consider expired dengan mencoba tip ni…
Petua Uji Kesegaran Telur
Telur yang segar bugar sememangnya berkhasiat. Tapi kekadang ada juga yang termakan telur yang dah lama. Ye lah kan.. bila dipecahkan telur tu nampak macam okey jer.. pas tu kita pun goreng ler untuk dimakan. Tapi perasan tak kekadang bila kita makan telur, bila kentut jer busuk sangat.. hihi.. Di kala yang lain pula, walaupun makan banyak telur tapi bau kentut kira okey jer…
Hmm… ikut hipothesis che petua, itu kemongkenan besar sebab makan telur yang dah expired atau hampir-hampir nak expired.
Justeru, untuk menguji samada telur tu masih segar atau tidak, cubalah petua nie.
Ambil dua sudu kecil (atau sudu teh) garam, masukkan dalam bekas berisi air. Kacau dengan rata dan kendian masukkan telur-telur yang nak diuji tu satu persatu.
Kalau telur tu tenggelam, maknanya ia ‘lulus ujian’… considered masih segar.
Tapi kalau telur tu muncul di permukaan atau terapung, makna kata telur tu dah lama dan tak lagi elok untuk dimakan. Kalau nak makan juga, silakan.. hehe…
P/s: Sesiapa yang rasa nak tunjuk kehebatan waktu kenduri-kendara, mungkin juga minat nak baca petua rebus telur nie.
P/p/s: Kawan che petua kata dia kalau makan apa pun (bukan setakat makan telur je) kentut memang busuk.. camna nak buat ek….?? hmm… itu lah “indahnya” persahabatan, bab kentut pun boleh jadi topik perbualan.
Intan says
Telur tu kena masukkan sebiji-sebiji ker? kalu masuk beberapa biji sekaligus tak bh ker?
che petua says
Kalau bekas tu saiznya besar nak masukkan banyak biji sekaligus pun okey.