October 25, 2014

Petua Tercekik Tulang

Tengah sodap-sodap makan nasi tetiba terlekat tulang ikan kat celah kerongkong..! Hmm.. apo nak buek nie.. hehe..

Sebenarnya insiden terlekat tulang nie tak lah ‘serius’ sangat pun. Biasanya lepas beberapa lama tulang tu akhirnya akan ‘terlepas’ juga masuk ke perut. Cumanya kita jer yang selalu panik… hihi..

Bagaimana pun bila tulang tu dah tercekik kat celah kerongkong tentu kita akan rasa rimas dan tak selesa. So, che petua nak share ngan korang beberapa ikhtiar yang boleh dicuba kalau ada yang tercekik tulang…

Merawat Terlekat Tulang

Kaedah yang paling kerap diamalkan ialah dengan menelan nasi yang telah dikepal-kepal menjadi bulat. Kalau budak kecil yang terlekat tulang tu seeloknya kepal nasi tu jangan besar sangat dan untuk orang dewasa pula pepandailah korang agak besar mana. Telan dan minum air dengan segera. InsyaAllah, tulang yang terlekat kat kerongkong tu akan ditolak masuk oleh nasi kepal tu ke dalam perut.

Petua Tercekik Tulang Ikan

Satu cara lagi ialah ambil sudu cuka dan minum. Kalau terasa tulang tu masih terlekat di kerongkong, minum sesudu lagi. Pas tu ambil segenggam nasi dan telan.

Rawatan Tercekik Tulang

Hmm.. ini pula satu lagi petua yang mungkin korang tak pernah dengar. Satu kaedah yang cukup simple dan pelik. Caranya ialah ambil minyak kelapa dan lumur pada lubang dubur. Tak lama kendian rasa terlekat tulang tu akan hilang dengan serta-merta. Petua nie memang pelik bebenor tapi ada yang kata ia memang menjadi.

laman petua:

tercekik tulang ikan, petua tercekik tulang, tercekik tulang, petua hilangkan tercekik tulang ikan, terlekat tulang ikan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*