October 21, 2014

Petua Terkena Ulat Bulu

Sesiapa yang pernah kena tentu tahu betapa hebat penangan gatalnya kalau terkena ulat bulu nie.

Bayangkan pula kalau ada yang terpegang ulat tu, pas tu tangan yang sama pergi sentuh pula tempat-tempat lain kat badan dan muka… Hmmm… alamatnya menangis tak berlagu la.. huhu…

Disebabkan kes ‘terkena’ ulat bulu nie jarang-jarang berlaku, maka ramai yang tidak tahu atau dah terlupa cara nak merawatnya. Untuk itu, rasanya elok kalau che petua kongsi petua hilangkan gatal ulat bulu nie ngan uols.

ulat bulu petuatradisional.com

Petua Menghilangkan Gatal Ulat Bulu

Teknik pertama nie ialah teknik yang che petua belajar masa kecik dulu. Senang jer caranya asalkan korang ada rambut.. ahaks..

Caranya, kalau tersentuh atau terkena ulat bulu tu, cepat-cepat lurutkan jari atau tangan yang tersentuh tu ke rambut korang beberapa kali. Jangan lak sampai terkena kulit kepala.

Dulu-dulu, ada gak kengkawan yang jenis nakal nie, kalau terkena ulat bulu, bukannya diusap ke rambut sendiri. Diaorang pergi usp kat rambut kawan lain. Dan kekadang tu ada gak yang pergi usap tangan tu kat bulu kucing…

Petua Kena Ulat Bulu

Orang tua-tua dulu pulak suka rawat dengan menggosok tempat yang gatal dan terkena ulat bulu tu dengan abu dapur. Hmm… zaman dulu kan masak pakai kayu api jer, so senang ler nak cari abu dapur.

Petua Merawat Gatal Tersentuh Ulat Bulu

Kesan terkena ulat bulu juga kekadang boleh jadi teruk sampai ada yang badannya jadi berbintik kemerahan, bengkak dan gatal-gatal.

Kalau dah jadi macam tu, korang boleh ikhtiar mengubatinya dengan petua nie. Ambil sepotong kunyit dan parut atau hiris nipis-nipis. Lepas tu gaulkan kunyit tu dengan sedikit kapur sirih dan air. Masak atau panaskan campuran tu lebih kurang 2-3 minit kat dapur. Kendian biar ia sejuk sedikit.

Bila dah agak sejuk sikit, sapukan ‘ramuan’ tu pada bahagian badan yang bengkak dan terasa gatal. Biasanya lepas beberapa minit bengkak tu akan hilang dan rasa gatal pun akan lenyap dengan serta-merta. InsyaAllah…

laman petua:

ulat bulu, terkena ulat bulu, petua hilangkan gatal ulat bulu, kesan terkena ulat bulu, petua kena ulat bulu
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. ameerul says:

    baru2 nie saye n satu family kene seranggnan ulat bulu….terok
    sgt2..da x tau nk wat ape agi…sampai satu ary kiteorng g klinik ramai2.. ..kene injection..mule2 xterokk sgt..pastu ulat bulu makin banyk sampai bengkak badAn…..kat belakang.. rumah h.abis pokokkat belakang d makan ulat sampai tinggal dahan n ranting pokok j…..pokok tu da lah besar…orng kampong panggi pokok tul pok.ok tu pokok ru yg akar menjalar…. saye areap petua nie dapat membantu family saye…

    • che petua che petua says:

      Ohh… saya turut bersimpati dengan masalah Ameerul sekeluarga.

      Suatu masa dulu sedara-mara saya kat kampung pernah alami kejadian serupa. Pokok kat belakang rumah dah menjalar dahannya hingga ke bumbung rumah. Rupa-rupanya kat pokok tu ulat bulu dah beribu-ribu ekor. Habis seluruh bahagian dapur dihujani ulat bulu. Lebih-lebih lagi bila time angin kencang. Last-last sekali terpaksa keluarkan RM400 upah tebang pokok tu.

      Setiap dugaan Tuhan tu ada hikmahNya.

Speak Your Mind

*