October 3, 2014

Petua Tumbuh Jambang

Salam,

che petua nak tanya kat para pembaca wanita, uols suka tak kalau lelaki ada jambang? Bagaimana pula kalau lelaki yang bermisai?

Kalau soalan kedua tu ditanya kat Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi pujaan che petua nie) rasanya dah tau dah apa jawapannya.. hehe…

Lelaki yang bermisai dan berjambang nie dikatakan nampak lebih ‘macho’… tapi bergantung gak dengan penampilan diri. Kalau dah berjambang sampai tak terurus ataupun misai dah bercampur ngan bulu hidung.. hmm.. rasanya kucing tengok pun boleh bertempiaran lari.. ahaks…

Rasanya mungkin ada juga lelaki yang berhasrat nak ada misai dan jambang nie. Nak bagi nampak lebih menonjol sifat kelelakian. Tapi maklum sajalah, sesetengahnya mungkin ada masalah kot… mungkin hormon ‘kejantanan’ tu tak berapa cukup sebab tu misai tak mau tumbuh… hehe…

Antara tips yang che petua pernah dengar untuk lebatkan misai ialah lebih kurang sama ngan petua melebatkan rambut. Caranya ialah menyapu minyak lenga. Tapi kalau ada yang pernah cuba cara tu tapi tak berkesan, mungkin korang leh cuba cara tradisional nie pulak…

Petua Tumbuh Misai dan Jambang

Cuba cari telur udang. che petua pun kurang pasti kat mana letaknya telur udang nie. Tapi ikut kata kawan-kawan che petua, telur nie selalunya boleh ditemui kat bahagian kepalanya. Kalau boleh dapat udang galah lagi cantik sebab telurnya lebih banyak kerana saiznya yang besar.

Bila nak tidur malam, telur udang tu korang sapu pada tempat-tempat yang korang inginkan misai dan/atau jambang tu tumbuh.  Sebelum tu jangan lupa untuk cukur sedikit bahagian tu. Cukur sikit kendian baru disapu telur tu. InsyaAllah, lepas 2-3 kali bulu misai tu akan mula tumbuh.

P/s: Kalau susah sangat nak dapat telur udang, ada orang kata telur ketam pun boleh juga digunakan sebagai alternatif. Selain sebagai pemangkin untuk misai dan janggut, petua menyapu telur udang/ketam nie juga boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak yang rambutnya kurang lebat.

laman petua:

cara melebatkan jambang, cara nak tumbuh jambang, melebatkan jambang, cara melebatkan janggut, petua melebatkan jambang
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Che Matt says:

    Bagus petua ni. Rasa nak cuba pula untuk lebatkan jambang saya yang jarang ini. Telur udang ni biasanya ada di bawah perut dia. Kalau yang kat kepala tu tahi dia. Sbb tu orang tua kata “cermat udang tahi di kepala”.

    Terima kasih atas petua yang berguna ini.

  2. Shams says:

    kekadang bergantung jugak hubungan kita dgn tuhan camane, walaupun untuk dapatkan jambang lebat

Speak Your Mind

*