Salam,
Orang tua-tua dulu cukup marah kalau kita duduk atas bantal. Sebabnya nanti dikatakan akan tumbuh bisul kat punggung.. adoiii..
Hmm.. tapi di zaman nie orang dah tak kisah dah. Bahkan ada yang suka lapik bantal masa pandu kereta atau semasa bekerja kat ofis..hehe…
Daripada apa yang che petua faham, punca bisul nie adalah disebabkan darah kotor yang tersekat kat saluran darah dan akhirnya membukit dan menunggu masa nak ‘meledak’ keluar dari tubuh kita.
Sebenarnya, takde ubat untuk bisul 😛 Kalau dah terkena bisul maka cara terbaik ialah dengan mempercepatkan tempoh masa bisul tu menjadi masak. Biar ‘gunung berapi’ tu meletup dan mengeluarkan laharnya dengan cepat.. barulah lega sikit kesakitannya. Kalau nak tunggu kekadang boleh sampai dua minggu baru bisul akan pecah. Dan biasanya bila dah ada bisul, kesakitannya cukup perit bila masuk hari ke-5 sampai demam teruk.
Kalau ditanya pada doktor yang pakar, dia akan menasihatkan supaya jangan cuba memicit atau memecahkan bisul dengan sendiri. Sebabnya darah bisul nie boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, cara terbaik ialah pergi ke klinik atau hospital dan biar doktor yang ‘menghiris’ dan membuang nanah bisul. Doktor juga akan memberi antibiotik dan membalut luka bisul tu dengan kapas yang telah disterilkan.
Tapi, kalau ada yang sanggup menanggung risiko dan pandai menjaga kebersihan luka tu dengan membasuh dan menyalin balutan tu sekurang-kurangnya dua kali sehari… hmmm mungkin korang nak tahu petua tradisional bagaimana nak bagi bisul tu cepat pecah.
Penawar Bisul
Ambil beberapa helai daun ubi keledek dan tumbuk sampai lumat. Kendian baca selawat 3 kali dan tempekkan ke mata bisul yang dah merening atau macam nak bernanah tu. InsyaAllah bisul tu akan pecah dengan lebih cepat dan sembuh dengan segera.
Petua Cepatkan Bisul Pecah
Satu cara lagi ialah dengan mengunyah daun sirih dan kendian tempekkan pada bisul. Orang Melayu dan orang India selalunya buat cara ini supaya bisul lebih cepat pecah.
Petua Hisap Keluar Bisa Bisul
Kalau ada yang lebih berani… boleh cuba satu teknik seperti ‘berbekam’.
Sediakan satu balang kaca yang mulutnya besar sedikit daripada bisul korang tu. Boleh juga digunakan bekas mentega ‘peanut butter’ yang bersaiz sedang tu. Bersihkan balang tu. Kendian nyalakan mancis dan baling batang mancis yang sedang bernyala tu kat dalam balang. Ini untuk mewujudkan keadaan supaya ruang kat dalam balang tu jadi vakum. Lepas tu vepat-cepat lekapkan mulut balang tu pada bahagian bisul. InsyaAllah, kalau dilakukan dengan betul, teknik ini boleh membantu memecahkan bisul dan menghisap segala darah yang kotor dari bahagian bisul tersebut.
Petua Merawat Bisul
Kalau ada yang tak berani nak pecahkan bisul tu… mungkin boleh cuba kaedah nie untuk menyembuhkan bisul.
Sediakan satu uncang teh dan rendamkan uncang teh tu dalam air panas selama 5 minit. Lepas tu angkat uncang tu dan cepat-cepat lekapkan pada bahagian yang terkena bisul. Kalau nak senang, cari pita pelekat dan lekatkan uncang tu pada bahagian bisul untuk beberapa lama.
Bila dah agak uncang tu sejuk barulah ditanggalkan. Cuba amalkan beberapa jam sekali supaya bisul tu cepat mengecut dan hilang.
Muhammad Ilham says
thnks.. memang tgh kene bisul nie…. arhhh sakitnya waaaaa
muhamad haziz says
huuu bisul dtg lg hakhakhak ble nk bek kn bisul ni tlg la……………..
akmal says
kena bisul kt leher . . amik makanan dia . . tido macam mayat ha . 🙁
che petua says
Huhu.. cobaan…
pinky says
bisul nie memang akan banyak kali tumbuh ker..?
che petua says
Ya, penyakit bisul boleh berulang.
ayumi says
Bisul x tumbuh mata lg…gile x sakit?? Kat punggung kot..
Dah smingu lebih…sakit doe…
Hana says
Sepupu saya kene bisul kt muke diye .. Ade kt hidung jugak .. Skrg ni muke diye nmpk lain sgt drp yg biasa .. Mcm mane jln yg terbaik untk merawat bisul yg tumbuh kt muke ?? Lame x diye nk baik ??
arahmani says
Krim mutiara bumi sgt berkesan untuk surut bengkak bisul atau jerawat..kecil boleh kecut n kering boleh kupil keluar terus hilang..yg besar surut bengkak kurang sakit n cepat masak jadi mata n cepat pecah keluar nanah..sebarang bengkak..lyr krimmutiarabumi.blogspot.com
lalal says
Kalau bisul kt atas kemaluan mcm mane yer akn nak tunjuk doktor
paah says
Klau mcm tu mcm mne nk kecutkan ye?