October 24, 2014

Petua Ubati Kencing Manis

Salam,

Apa khabar suma? Sihat walafiat hendaknya.. ehh.. macam mukadimah tulis surat lak.. hehe.. Apa-apa pun che petua berdoa agar uols semua mempunyai kesihatan yg baik dalam menjalani ibadah dan aktiviti seharian.

Tetiba jer che petua bukak citer pasal kesihatan nie bukan apa.. ye lah.. terkenangkan ibu che petua di kampung yg baru minggu lepas che petua gi jenguk tanya khabar.  Ibu che petua ada penyakit kencing manis.  So, kena banyak berpantang tak leh makan benda-benda manis yg biasanya menjadi pojaan hati pengidap kencing manis nie.

Orang yg mengidap kencing manis nie teramat-amatlah penting bagi mereka utk minum air secukupnya setiaptanda-tanda penyakit kencing manis hari. Maksud cukup tuh tak tahulah berapa banyak.. agaknya 8 gelas sehari seperti yg disarankan oleh kebanyakan doktor lah kot.

So, bagi yg mengidap kencing manis tentunya  akan berhadapan sedikit kesukaran untuk mengamalkan ibadat seperti berpuasa. Bagi yg dah berpengalaman dan pandai mengawal nafsu daripada makan benda-benda manis nie dah tak ada masalah. Malah, boleh hidup macam biasa seolah-olah tak ada pun kencing manis.

Alhamdulillah.. kesihatan ibu che petua bertambah baik. Nak tahu apa rahsianya?

Hmmm.. uols suma jangan lak kepoh-kepoh yer… jangan pulak ada yg pergi laporkan kepada polis.. sebab kalau polis tahu ibu che petua leh kena tangkap nie..

Rahsianya ialah dia minum air daun ketum! Mana dia dapat? Ada ler kawan yg bagi.. hehe.. Sapa-sapa yg nak pepandai ler cari sendiri yer..hehe..  Tapi menurut ibu che petua, dia kata air daun ketum yg kawan dia bagi tuh bukannya sepertimana yg dijual kat ‘kedai’ tuh… Yg ada di pasaran tu selalunya dah dicampur ngan pelbagai bahan kimia termasuklah ubat nyamuk, racun tikus dsb.nya supaya lebih uuumphhh..! Itu menurut ibu che petua lah.. citer nie pun agaknya kawan dia yg beritahu..

So, citernya.. air daun yg ibu che petua minum tuh adalah yg asli.. maknanya tak dicampur dengan apa-apa bahan lain pun. Hanya air rebusan daun semata-mata.. Hmm.. sebab tu lah warna dia cam lain sikit.. warna kuning keperangan.. Setahu che petua.. air ketum yg dijual tuh biasanya warna hijau kalau tak silaplah.. hmm.. mungkin hijau tuh sebab campur ngan ubat nyamuk lah tuh.. hehe..

Ibu che petua sebenarnya bukan minum air tuh setiap hari pun.. dia minum lama-lama sekali itu pun setengah cawan jer… Katanya bila dah rasa cam penyakit kencing manis tuh macam nak menjadi balik.. barulah dia minum.. Dan bila pegi check di hospital, memang terbukti pun kadar kandungan gula dalam darah dia dah turun… Cumanya penyakit tak lah pulih sepenuhnya.. cuma ia berkurangan jer dan tak lah terlalu  kronik atau serius sangat.

Korang tahu kan.. pengidap kencing manis yg serius nie ada yg sampai tahap nak kena suntik insulin setiap hari.. Ubat makan dah tak de kesan dah.. Pas tu kalau terhiris luka sikit pun… fuhh.. memang makan masa berbulan-bulan nak baik..

Okey.. citer punya citer.. nih che petua nak kongsi petua rawat kencing manis.. Petua nie adalah alternatif kepada mereka yg tak dapat cari air daun ketum asli.. hehe..

Petua Rawat Kencing Manis

Petuanya ialah amalkan makan pucuk pegaga sebagai ulam ketika makan nasi. Makan setiap hari lagi bagus. Amalan ini dapat membantu mengurangkan gula dalam air kencing.

Selain itu, air rebusan akar dan daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai minuman untuk mengurangkan penyakit kencing manis nie.

M.Onya rebus daun dan akar pucuk pegaga yg telah dibersihkan lebih kurang 30 helai. Rebus dengan dua cawan air. Selepas itu biar ia sejuk sendiri dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. InsyaAllah, jika diamalkan berterusan lama-lama akan terasa kesannya yang positif.

laman petua:

petua kencing manis, petua hilangkan kencing manis, ubat kencing manis, ubat tradisional kencing manis, petua ubat kencing manis
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Azman John says:

    Banyak sgt daun nihhh…mna satu terbaik???
    Tapi setahu saya jangan sekali2 cuba air daun ketum…
    Kalau nak kene potong kaki try lahhh…

Speak Your Mind

*