September 3, 2014

Petua Ubati Kencing Tak Lawas

Masalah kencing tak lawas lazimnya dialami oleh mereka yang kurang minum air. Hmm.. dalam aspek nie che petua memang tabik kat kaum Cina sebab diaorang memang cukup ambil berat keperluan minum air yang banyak setiap hari.

che petua ada ramai kawan yang berbangsa Cina. Malah masa sekolah kecik-kecik dulu pun selalu lepak-lepak ngan kengkawan Cina. Awalnya ingatkan diaorang nie tak tahan panas.. kejap-kejap nak minum air… hehe.. Tapi bila dah besar sikit barulah faham bahawa tujuan minum air tu untuk kesihatan. Lagi banyak minum air lagi banyak peluh dan buang air. Dari situlah akan keluar segala toksik yang tak elok untuk badan.

Satu lagi punca yang mungkin menyebabkan air kencing tak lawas nie ialah tabiat suka menahan kencing. Hmm.. so, kalau korang rasa nak terkencing tu baik cepat-cepat gi toilet sekarang.. lepas tu barulah sambung baca balik..hehe..

Kali ni che petua nak kongsi dua petua yang boleh dicuba untuk merawat kencing tak lawas…

Petua Merawat Kencing Tidak Lawas Dengan Air Beras

Satu cara yang boleh dikatakan mudah untuk merawat kencing tak lawas ialah dengan minum air basuhan beras yang sudah bersih sebanyak satu gelas selepas makan tengahari. Amalkan dengan kerap tiap-tiap hari sehingga sembuh.

Ubati Kencing Tak Lawas Dengan Nenas

Satu cara lagi ialah dengan amalan minum air nenas. Malah, ada orang kata amalan minum air nenas juga bagus untuk mereka yang menghidap penyakit batu karang.

Ambil sebiji nenas yang kurang masak, buangkan kulitnya, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Kendian ambil dua potong nenas tersebut dan kisar bersama dua gelas air. Lepas tu tapis dan minum airnya. Amalkan untuk minum dua kali sehari. Lepas seminggu dua masalah yang dialami akan berkurangan dan semakin pulih, insyaAllah.

laman petua:

kencing tak lawas, ubat kencing tak lawas, kencing tidak lawas, petua kencing tak lawas, ubat lawas kencing
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Nurul Feena says:

    Assalamualaikum . Saya ingin bertanya, adakah dengan minum air manis menjadi salah satu punca kencing tidak lawas?

    • che petua che petua says:

      Wa’alaikumussalam Nurul. Setahu saya tidaklah begitu. Minum air manis bukan puncanya. Selalunya yang menjadi penyebab ialah kerana kurang minum yang menyebabkan organ sistem perkumuhan kurang bekerja. Bila dah kurang bekerja, dan cuma sekali-sekala bekerja kemungkinan itu yang menyebabkan air kencing tak sempurna diproses dan macam hendak tak hendak nak keluar.

      Daripada pemahaman saya, sebagai rumusan, minum air manis bukan penyebab kencing tak lawas. Tapi of course lah, kalau dah banyak atau kerap amalkan minum air manis, lama-kelamaan boleh ‘sangkut’ pulak dengan penyakit ‘yang manis’ tu. che petua ni bukanlah doktor. Tak pernah ambil jurusan perubatan pun. Kalau Nurul nie jenis yang suka mengkaji dan suka selidik sedalam-dalamnya sesuatu perkara tu, boleh mulakan kajian di laman webmd.com. Macam-macam review kesihatan dan perubatan yang dipaparkan. Err.. selalunya bagi orang kebanyakan macam che petua ni tak berapa nak faham lah hihi..

      Takpe, tunggu je komen2 lepas ni, mungkin ada pembaca lain yang sudi memperbetulkan pandangan che petua nie (sekiranya salah fakta/pemahaman).

  2. Ernajjang says:

    Assalamualaikum..mak saya da berumur 67 & mengalami masalah kencing x lawas ni..dh mcm2 ubat doktor dia makan tp x elok2 jugak dan saya bercadang nak cuba buat air nenas untuk dia minum.Tapi kalau saya beri dia air nenas ni takkan ade ape2 kesan sampingan ke sebab dah berumur..jadi saya minta pendapat che petua.

    • che petua che petua says:

      Setahu saya tak ada kesan sampingan. Tapi kalau dah was-was cuba petua yang ini. Orang tua-tua dahulu ada amalkan petua berendam dalam air suam. Caranya isi beas atau besen dengan air panas. Lepas tu tambahkan air sejuk atau air biasa supaya suhunya tak begitu panas. Biar rasanya suam. Rendam bahagian punggung dalam bekas tersebut selama 5-10 minit. Cuba amalkan sekali setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

Speak Your Mind

*