Petua Wangikan Badan

Bagaimana nak dapatkan bau badan yang wangi? Senang saja, semburkan saja minyak wangi… chehh.. suma orang pun tahu betol tak hehe…

Tapi korang sedar tak kekadang, minyak wangi nie sebenarnya tak dapat nak membantu sangat lebih-lebih bagi mereka yang terpaksa buat kerja outdoor. Lagipun, dengan cuaca yang panas lembap kat Mesia nie selalunya bila balik lepas makan tengahari jer mesti ada yang mula ‘berbau’ hehe…

So, satu penyelesaian terbaik ialah kita kena cari jalan supaya badan nie jadi wangi secara semulajadi. Untuk itu, apa kata korang cuba petua mewangikan badan berikut:

Petua Hilangkan Bau Badan

Satu ramuan tradisional yang digunakan sejak turun-temurun ialah beras. Selain berupaya menghaluskan kulit, beras juga dikatakan dapat menghapuskan masalah bau badan.

M.O.nya ialah ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus jadi cam beras terbakar. Lepas tu tumbuk beras terbakar tu  hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa.

Gosokkan bancuhan tu ke bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak dsb.nya. Lepas digosok biarkan selama 10 minit lepas tu barulah korang mandi. Jika diamalkan dengan kerap, hasilnya akan dapat dirasai apabila badan tidak lagi berbau busuk setiap kali berpeluh.

Pewangi Peluh

Dapatkan tawas dan jadikan ia serbuk. Gaulkan serbuk tawas tu dengan sedikit beras.

Setelah itu sapu rapi ke seluruh badan terutama di tempat-tempat yang mudah berpeluh. Seboleh-bolehnya cuba amalkan setiap malam sebelum tidur. Anda akan dapati peluh yang keluar dari badan bertukar menjadi wangi.

Kalau korang rasa petua-petua yang diatas nie tak berapa sesuai ngan citarasa korang, bolehlah cuba lain-lain petua hilangkan bau badan yang che petua kongsi sebelum nie.

laman petua:

cara mewangikan badan, tip wangikan badan, petua mewangikan badan, petua mewangikan bau badan, mewangikan badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>