Soal Jawab Kecantikan
Soalan:
Sebelum ini saya tidak pernah menghadapi masalah kelemumur. Namun sejak bertukar syampu baru-baru ini, kulit kepala saya mula gatal-gatal dan berkelemumur.
Saya sudah berhenti menggunakan syampu tersbut dan menggunakan semula syampu yang biasa saya gunakan sebelum ini. Malangnya masalah kelumur saya tetap ada. Bagaimanakah cara untuk saya menghentikan masalah kelemumur ini?
Jawapan:
Rasa gatal pada kulit kepala mungkin disebabkan syampu yang digunakan menjadikan kulit kepala anda terlalu kering. Biarpun anda sudah bertukar semula kepada syampu yang lama, keadaan masih sama kerana kulit kepala sudah menjadi sensitif. Oleh itu, cuci rambut dengan syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala anda. Apabila kulit kepala sihat, masalah kelemumur pastinya akan berkurangan.
Kadangkala masalah kelemumur tidak semestinya berlaku kerana tersalah pakai syampu. Pengambilan berlebihan makanan yang manis, produk tenusu, terlalu banyak makan benda-benda pedas dan bergoreng juga kemungkinan menjadi puncanya.
Disarankan minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong setiap hari. Dapatkan rehat secukupnya dan amalkan tidur sebelum pukul 11 malam kerana ia membantu mengurangkan kelemumur.
Jika kelemumur masih teruk atau bertambah teruk, kulit kepala anda mungkin sudah menjadi terlalu sensitif. Sebaiknya lakukan analisis rambut di pusat rawatan rambut yang terdekat untuk mengenal pasti puncanya dan menjadi kaedah penyelesaian yang berkesan.
Leave a Reply