Kata mereka yang lebih arif : “Kita perlu sabar berusaha untuk merawat penyakit. Tidak cukup hanya sekadar berdoa dan berserah pada takdir”.
Ini ada satu petua untuk merawat darah tinggi:
Ambil daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah dan ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan sesuatu, insyaAllah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali. Tak kurang penting adalah bersabar dan bertawakal.
Leave a Reply