Dolu-dolu bila seseorang tu dipandang lekeh dan pabila akhirnya terbukti dia mampu menyelesaikan sesuatu masalah atau berjaya menyempurnakan sesuatu pekerjaan, dia akan kata “tengok kaki lah beb!”. Hmm.. yang beb tu che petua tambah sendiri, dulu-dulu orang tak sebut pun istilah beb (babe) hihi…
So, bila disuruh tengok kaki, maka kena lah jaga supaya nampak cantik dipandang. Tak gitu..
Jadi selain daripada bahagian betis dan peha, kekadang kita terlupa nak ‘maintain’ bahagian lain pada kaki iaitu tapak kaki dan juga bahagian tumit. Tapak kaki dan tumit adalah antara bahagian badan yang mudah menjadi kasar, mengelupas dan pecah-pecah. Justeru, bahagaian-bahagian tersebut juga perlu selalu dirawat.
Tahukah anda bahawa kopi adalah salah satu perawat kaki yang berkesan. Yes..! k-o-p-i… kopi yang kita minum, boleh juga digunakan untuk merawat kaki. Kandungan yang terdapat dalam serbuk kopi membantu merawat masalah kulit.
Untuk mencobanya, sediakan bahan-bahan berikut:-
* 3 sudu kopi
* 2 sudu minyak zaitun
* 2 kotak susu
* 4 sudu losyen badan (simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum digunakan)
* air suam
Kaedahnya adalah sepertimana berikut:-
Campurkan kopi dengan losyen dan minyak zaitun. Gaul sebati dan letak di sebelah buat seketika.
Tuangkan air suam di dalam bekas yang agak-agak cukup besar untuk merendam kaki anda. Tambahkan susu.
Rendamkan kedua-dua kaki ke dalam bekas berisi air susu itu selama 7 minit.
Kemudian, keluarkan kaki dari bekas rendaman dan sapukan pula campuran kopi-losyen-minyak zaitun tadi pada kaki sambil digosok perlahan-perlahan termasuk di celah-celah jari. Lakukan selama 10 ke 15 minit.
Setelah selesai, bilas kaki hingga bersih dan rendamkan semula ke dalam bekas berisi susu dan air suam tadi bagi melarutkan kulit kering dan membuang kulit mati.
Akhir sekali, barulah dilap kaki dengan kain bersih. Cuba amalkan sekurang-sekurangnya sekali setiap 1 atau 2 minggu. Sekiranya rajin amalkan petua ni, pasti akan mendapat hasilnya, in shaa Allah.
AyusSlim says
ya..saya jg akui kopi mmg baik utk kulit!
gegel says
kopi tuh kopi campur ke apa ? nak pakai susu apa 🙁
che petua says
Guna serbuk kopi jer yang tak ada campur dengan gula. Kalau serbuk 3-in-1 tu dah campur ngan gula atau krimer. Susu pula boleh guna susu lembu yang dalam kotak tu.