Scrub Kulit Limau

Haa.. ini ada petua kecantikan merangkap petua berjimat cermat. Lain kali bila makan buah limau atau oren, jangan buang kulitnya.

Kulit limau dan juga kulit lemon sebenarnya bagus untuk dijadikan bahan untuk buat scrub yang mudah digunakan tetapi tinggi khasiat kecantikannya dalam penjagaan kulit.

M.Onya pun senang jer… macam gini…

Hasilkan Scrub Kulit Lemon dan Limau Untuk Keremajaan Kulit

Memula tu kenalah cari kulit limau dan lemon seberapa banyak yang mungkin. Jemurkan kulit-kulit tu di bawah sinaran matahari sehingga kecut dan mengeras. Biasanya tempoh jemuran mungkin mengambil masa beberapa hari barulah kulit limau tu jadi betul-betul kering.

Bila dah kering, ‘blend’ atau kisar kulit tu sampai hancur. Lepas tu simpan dalam bekas kedap udara.

Setiap kali rasa nak buat scrub badan semasa mandi, ambil lebih kurang tiga sudu kulit limau/lemon yang dikisar hancur tu. Campurkan dengan satu sud oat, satu sudu madu dan sedikit susu dan gaulkan hingga pekat.

Lepas tu gosok pelan-pelan kat badan korang. Hmm.. memang best.. Selain membersihkan kulit, ramuan scrub kulit lemon nie juga membantu mengekalkan keremajaan kulit. Rasa muda jer memanjang.. hehe..

laman petua:

scrub badan tradisional, cara buat scrub badan, khasiat kulit oren, scrub badan, cara membuat scrub badan

Comments

    • che petuache petua says

      Sebaik-baiknya pakai susu lembu segar. Tapi kalau takde boleh pakai susu fresh milk dalam kotak yg jual kat kedai tu. As long as tak pakai susu tepung untuk baby udah ler..hihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>