Soal Jawab Kesihatan
Soalan:
Adakah tahi lalat yang tumbuh di muka suatu penyakit?
Jika ianya sejenis penyakit, apakah ubatnya?
Jawapan:
Tahi lalat atau dalam istilah kedoktoran disebut ‘verruca’ ialah suatu tumor atau ketumbuhan pada kulit yang keadaannya tidak merbahaya.
Sekiranya tahi lalat itu tidak dikehendaki, ia boleh dipotong keluar dengan mudah sahaja oleh doktor yang bertauliah untuk melakukannya.
Tetapi kalau tumor-tumor ini pada mulanya kelihatan rata tetapi kemudiannya mulai tumbuh seperti mengelembung dan semakin membesar, maka sebaik-baiknya segeralah berjumpa dengan doktor untuk diperiksa.
Tumor yang sedemikian sifatnya harus dipotong kerana ada kemungkinan ia boleh meleret kepada terjadinya penyakit kanser kulit.
Leave a Reply