July 24, 2014

Tanda-tanda Kehamilan

Bagi yang dah arif mungkin menyoal buat apa lah nak kongsi entri tanda-tanda kehamilan nie… Takkan lah yang empunya badan tak tahu bahawa dia tu dah berbadan dua @ mengandung. Hmm… betul tu memang ler betul… tapi che petua rasa mungkin ramai lagi wanita yang masih samar-samar tentang tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dirinya mengandung.

Oleh itu che petua nak kongsi info tentang beberapa tanda awal kehamilan yang boleh dijadikan pedoman.

Tanda-tanda Seorang Wanita Itu Hamil

  1. Tak datang haid adalah tanda yang paling jelas. Mmm… kekadang ada juga kes di mana ‘period’ masih berlaku sehingga masuk tempoh 6 bulan kehamilan.
  2. Lazimnya juga akan rasa mual dan sering muntah pada minggu pertama hinggalah masuk minggu ke-9. Selepas tu fenomena rasa nak muntah tu mungkin ‘slow down’ sikit.
  3. Rasa kelainan pada buah dada. Pada peringkat awal kehamilan sesetengah wanita akan rasa sakit pada payudaranya. Pada pusingan enam minggu mengandung payudara akan menjadi besar dan pembuluh darah nampak jelas di sekitarnya. Kat sekitar puting susu pula akan timbul bintik-bintik hitam yang makin lama makin besar dan warnanya makin gelap.
  4. Kerap buang air kecil. Sebabnya ‘baby’ yang makin membesar kat dalam rahim tu akan terus menekan ‘bladder’ atau saluran kencing si ibu. Lazimnya, selepas masuk lebih kurang minggu ke-16 barulah ‘tekanan’ ini akan berkurangan sedikit.
  5. Sembelit. Kalau selama nie tak pernah kena sembelit… hmm… kalau ada yang kena tu ada kemungkinan besar sebab awak tu dah berbadan dua. Apa pun, perlu buat ‘pregnancy test’ atau check terus dengan doktor untuk kepastian.
  6. Juga akan merasai perubahan pada selera perasa. Mungkin rasa mengidam hendak makan benda-benda yang selama ini tak pernah pun terfikir hendak makan. Ada yang akan rasa mual, ada yang sering rasa sakit tekak, kerap rasa nak meludah dan berbagai jenis tabiat yang pelik-pelik yang berbeza-beza sifatnya mengikut individu.

laman petua:

sakit tekak tanda hamil, tanda hamil peringkat awal, tanda awal kehamilan, simptom mengandung, tanda-tanda mengandung
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*