Perkataan JIN diambil dari akar kata yang terdiri dari tiga huruf iaitu jim, yaa dan nun. Menurut mereka yang ahli dalam bahasa Arab, semua kata yang terdiri dari rangkaian ketiga-tiga huruf ini ada mengandungi makna ‘ketersembunyian’ atau ketertutupan.
Contohnya, kebun yang lebat pepohonannya sehinggakan menutup pandangan dinamakan jannah. Begitu juga dengan syurga yang turut dinamakan Jannah kerana sifatnya yang tersembunyi daripada terlihat oleh manusia biasa di muka bumi.
Manusia yang ‘tertutup’ akalnya (gila) dinamakan majnuun. Dan bayi yang masih dalam perut ibu kerana ketertutupannya oleh perut disebut janin. Semuanya mempunyai satu atau ketiga-tiga huruf jim, yaa dan nun.
Begitulah makna JIN dari segi bahasa yang membawa maksud tersirat yakni yang tersembunyi atau yang tidak terlihat.
Yang jadi masaelahnya ialah apabila jin-jin yang jahat ni (ingat bahawa ada jugak jin baik macam jugak manusia yang ada berperangai baik dan ada yang nakal) dan juga bala tentera syaitan yang suka menunjuk-nunjuk kehebatan dengan mengganggu manusia. Mungkin juga ada sesetangah jin yang tak jahat dan tak suka pun kacau makhluk lain, tapi terpaksa mengganggu dan mengacau atas arahan manusia yang berhati jahat… hmmm….
Ramai orang sekarang agak skeptik dan tak percaya dengan penyakit-penyakit akibat gangguan jin ni.
Makhluk yang bernama JIN memang wujud sebab dah disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi. Cuma kekadang bila berhadapan dengan penyakit tertentu, mungkin ada yang tak boleh nak terima sebab tak boleh nak kaitkan punca-puncanya.
Akan tetapi sesetengah orang mungkin akhirnya percaya apabila ada anggota keluarga atau dia sendiri yang mengalami satu penyakit atau keresahan. Gejalanya boleh jadi pelbagai ragam dan biasanya berlaku yang pelik-pelik seperti tiba-tiba keluar ulat daripada mulut dan sebagainya.
Ada yang tak mahu berfikiran kuno tapi walaupun dicoba pelbagai cara dan perubatan moden masih tak sembuh-sembuh, malah doktor sendiri pun pelik dan tak tahu nak kategorikan penyakit yang dialami.
Untuk itu kali nie che petua nak kongsi berkenaan senarai simptom atau tanda-tanda seseorang itu dah terkena gangguan jin dan syaitan. Senarai ni che petua ambil dari brochure promosi salah sebuah pusat rawatan kerohanian.
Bila diamati senarai ni, mungkin ada betulnya, terutama apabila melibatkan kombinasi beberapa simptom pada masa yang sama atau dalam tempoh yang singkat. Dan.. ada juga rasanya berlaku sebab perasaan kita jer. Atau memang dah jenis perangai begitu, contohnya suka bangun tidur lambat dan sikap panas baran… tapi bagi alasan sebab gangguan jin.. huhu..
Simptom Awal Terkena Gangguan Jin dan Syaitan
- Badan terasa berat, lemah, panas atau sejuk atau kombinasinya tanpa sebab munasabah.
- Badan terasa bisa-bisa, gatal, miang tanpa sebab klinikal atau sebarang sebab yang boleh diterima akal.
- Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal. Bau nafas yang terlalu busuk.
- Bau wangian atau busuk teramat, hanyir hangit yang tak tahu apa puncanya.
- Bayi atau anak kecil kerap menangis.
- Belakang tengkuk/bahu terasa berat.
- Melihat atau kerap perasan ada benda-benda bergerak atau berubah kedudukan dengan sendirinya tanpa sebab.
- Bermimpi melihat bayi atau kanak-kanak.
- Sering mendengar bunyi air paip terpasang di bilik mandi atau tandas, walhal takde orang pun yang buka paip.
- Lampu atau alat letrik terbuka atau terpadam dengan sendiri.
- Pintu/tingkap terbuka/tutup dengan sendiri.
- Bunyi benda bergolek atas syiling atap rumah.
- Bunyi macam ada pasir dituang atas rumah.
- Bunyi macam ada orang berjalan kat atas syiling atau tingkat atas rumah.
- Bunyi sesuatu mencakar bumbung/pintu/tingkap.
- Darah haid turun lebih dari 15 hari.
- Seringkali gagal melakukan hubungan kelamin bersama suami/isteri.
- Gelisah dan panas tengkuk bila mendengar bacaan al-Quran.
- Kerap sendawa bila mendengar bacaan al-Quran.
- Hujung jari kaki/tangan terasa menyucuk/kebas.
- Kaki atau tangan terasa terlalu berat.
- Kaki atau tangan atau anggota badan yang lain terasa panas.
- Kemurungan yang berpanjangan.
- Kerap terasa berdebar, takut, gagap atau sesak nafas secara tiba-tiba.
- Kerap keguguran dan susah nak dapat zuriat.
- Ada semacam ketumbuhan pelik pada badan.
- Kuat berangan/berkhayal/hilang daya tumpuan.
- Rasa loya atau sebu perut tanpa sebab klinikal.
- Malas solat dan beribadat.
- Suka berbuat maksiat.
- Ragu-ragu dengan keimanan diri/ perasaan ingin murtad.
- Rasa mengatuk bila dengar bacaan Quran.
- Marah secara keterlaluan/panas baran.
- Melihat jin/hantu secara direct.
- Terasa semacam ada suara yang sering berbisik atau menyergah.
- Mengunyak gigi sewaktu tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang.
- Mimpi makan.
- Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas.
- Mimpi yang sangat-sangat menakutkan.
- Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dsb.nya.
- Mimpi tempat yang kotor sperti tandas, longkang dll.
- Nafsu seks yang melampau-lampau/ tidak normal.
- Nampak kepulan asap hitam/putih dalam rumah.
- Pelupa/nyanyuk tanpa sebab klinikal.
- Sakit/takut bila menziarah orang mati.
- Sakit bebola mata.
- Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal.
- Sakit jiwa/mental/gila.
- Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas.
- Sakit perut tanpa sebab klinikal.
- Sakit tapak kaki/tumit yang berpanjangan.
- Sayang melampau-lampau terhadap orang yang baru dikenali.
- Selalu rasa macam ditindih/dicekik ketika tidur.
- Selalu melihat kelibat/bayangan di rumah.
- Sering kehilangan wang secara tiba-tiba.
- Sering pengsan tanpa sebab klinikal.
- Sering terjaga di waktu malam/tengah malam.
- Rasa macam ada sesuatu menyentap kaki samada ketika tidur atau sedar.
- Seringkali berubah sikap (kepada perilaku negatif) secara tiba-tiba.
- Suami isteri kerap bertengkar walaupun atas perkara-perkara kecil dan remeh.
- Suka bangun tidur selepas tengahari.
- Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga diri terutamanya dalam bab-bab berkaitan agama.
- Suka bercakap-cakap seorang diri tanpa sebab munasabah.
- Suka melihat diri di cermin.
- Suka menggulung rmbut dengan jari.
- Suka mengingati, bercakap akan perkara-perkara lucah
- Suka tidur dalam keadaan berbogel dan meniarap.
- Suka melakukan onani/ gemar pada pakaian dalam orang lain.
- Suka tidur pada waktu siang.
- Sukar mendapat jodoh.
- Sukar tidur malam/tempat tidur berbau busuk atau kemenyan.
- Tanda lebam pada anggota badan.
- Terasa ada lembaga tidur bersama/mengganggu/berdialog ketika tidur.
- Terasa ada benda bergerak-gerak di bawah kulit.
- Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
- Terlalu rasa rendah diri/tidak berkeyakinan/hilang semangat.
- Terasa semacam ada orang menepuk bahu anda dari belakang.
- Terasa terkena renjisan air secara tiba-tiba.
mer says
Salam,Saya nak tanya.. saya kerap bercakap seorang diri,suka tengok cermin,suka takbur,pemarah,sering bermimpi buruk dan dalam mimpi tidak berdaya untuk menjerit dan pertahankan diri. Apa perlu saya lakukan untuk buang segala sifat2 ini?
che petua says
Salam Mer. Ianya bagus sebab awak sedar akan keburukan tersebut. Itu dah satu langkah ke arah pemulihan. Orang yang ‘sakit’ dan tak sedar dia sakit, maka susahlah untuk usahakan rawatan.
Antara amalan yang boleh diusahakan ialah amalkan bertasbih setiap masa, biarlah hati, kotak fikiran dan bibir basah dengan kalimah ‘Subhanallah’. Selain itu, pastikan diri tu sering dalam keadaan ada ‘wuduk’. Perlu banyak ingat Allah dan minta pertolongan-Nya. InsyaAllah akan dihindarkan daripada sifat2 yang tak elok tu.
ayu says
saya selalu jadi sakit pedih ada hanya waktu akan terjadi di hujung kaki dan tangan mcm cucuk jarung dalam isi apakah itu tandanya ada ganggua jin yg kita tak nampak
mimie says
slm,smua tanda2 nie ade kt sya..slalu mmpi pelik,ade jgak mmpi d siang hari,ada bnda yg bergerak dbwah kulit bahu belakang sblh kiri sya,ape yg patut sya lakukn,sya slalu mmpi mnyusuhkn bayi,
Kanna says
Salam sejahtera.
Saya beragama india, saya menghadapi masalah antara saya dan ister saya.
Masalahnya dia tak suka tidur bersama, selalu bertengkar, kini saya berkerja d singapore kerana masalah kewangan. Isteri sa selalu bermimpi ular banyak, budak, ramai orang.
CIK tolong saya jelaskan masalah saya hadapi. Pasti peribadi.
che petua says
Salam sejahtera Kanna. Saya tak mampu nak jelaskan secara terperinci kerana saya tak cukup ilmu. Namun, daripada cerita anda, saya berpendapat ianya ada kena mengena dengan gangguan jin. Boleh jadi yang sedang mengganggu isteri anda, anda sendiri atau kedua-duanya.
Kes sebegini sememangnya ada terjadi di kalangan Melayu. Tapi bagi orang Islam (Melayu tak semestinya Islam) tak boleh nak sewenang-wenang percaya kepada ‘mimpi’ sebab ianya perkara ghaib dan boleh jadi juga permainan syaitan untuk pergi dapatkan bantuan daripada manusia (bomoh) atau makhluk lain. Orang Islam akan minta pertolongan hanya daripada Allah. Namun, sebagai ikhtiar boleh lah untuk dapatkan bimbingan atau rawatan daripada ustaz-ustaz yang bertauliah (perlu ingat ada juga yang mengaku ustaz sedangkan ilmu dan amalannya tak banyak mana pun).
Jika nak dapatkan pandangan secara umum berkenaan gangguan jin atau makhluk halus, adakalanya diceritakan dalam majalah Mastika, Infiniti dan sebagainya. Ada cerita yang benar tapi faham-faham saja lah bahwa sesetengahnya pasti ditokok tambah bagi melariskan jualan majalah.
Saya sarankan kepada Kanna supaya ikhtiarkan dengan segera berjumpa dengan mana-mana orang alim atau Ustaz. Err.. kekadang susah juga nak jumpa orang alim ni. Justeru, elok pergi saja dapatkan bimbingan dan rawatan di pusat rawatan Darul Syifa.
Kalau betul terkena gangguan jin, eloknya jangan berlengah. Kerana kalau lagi lambat dirawat, maka lagi susah nak halau jin atau syaitan yang dah suka duduk di badan manusia. Ikhtiarkan lah, cepat atau lambat sembuh atas kuasa Allah.
areena aidora says
saya nak tanya kalau kita sering dengar bunyi yang aneh adakah itu petanda jin ?
che petua says
Itu boleh jadi salah satu petanda. Tapi setakat dengar bunyi jer biasanya takde apa-apa tu. Mungkin hanya mainan perasaan sebab terlalu memikirkan benda-benda mistik ni.
Selalunya orang terlepas pandang, bila kes sering dengar bunyi-bunyi pelik ni adakalanya disebabkan sistem pendengaran yang terjejas. Tersalah korek telinga pun boleh jadi punca.
mohdfarhan says
Salam…saya nak tanya…adakah jin ini mengangu kita atas arahan manusia lain
eza says
Salam. saya nak tya.
tapak tangan sy sekrg tbe tibe panas mendadak semcm kena panggang habanya. sngt panas. kenapa . saya da tak tahan semalaman tapak tgn sy panas.
sy tidur sy bermimpi budak kecik yg sgt kecil seakan berumur 1/2tahun. tapak tgn ni haba dia boleh dirasai walaupun xsentuh. sebelah shj. tolongla sy puan/tuan. apa perlu sylakukan. terima kasih. apa puncanya.
che petua says
Salam Eza.
Yang sangat menghairankan ialah kenapa sebelah tangan saja ye?? And, then bila masuk bab mimpi tentang budak kecil tu. Hmm.. ada pendapat mengatakan itu antara tanda-tanda gangguan. Tapi kita tak boleh pula terburu-buru buat rumusan.
Tak beretika lah saya kalau setakat bagi telahan atau rumusan begitu saja. Jadi saya nak sarankan supaya jumpa ngan doktor. Selesai saja jumpa doktor, pergi pula ke pusat rawatan DarusSyifaa’ untuk dapatkan pandangan Ustaz yang lebih arif bab-bab mistik ni untuk mendapat penjelasan.
syikin says
Assalammualaikum..
saya mengalami gatal satu badan yang amat teruk,dah hampir 5 bulan.. malam susah nak tidur,sekarang ni tapak tangan saya jadi panas,tapak tangan akan jadi panas bila sampai rumah bila hampir masuk waktu isyak dan rasa seperti di cucuk-cucuk.. naik merah-merah.
gatal ni akan rasa bila hampir masuk waktu zohor,asar dengan isyak..akan jadi lagi teruk
bila malam,gatal yang takde henti hampir 3 jam.. boleh ustaz jelaskan lebih lanjut..
Ramlan says
Assalamualaikum .
perkare ini baru saje berlaku . semase saye nk tido tertibe saye rase belakang saye mcm ade sesuatu tetapi ape bile saye hendak bergerak kn badan untuk toleh nak melihat ape bende tu tibe2 badan saye mcm di kunci dan saye nak pekik pon tak boleh . saye bace ayat2 suci didalam hati lepas tu baru keluar suare saye adakah ini ganguan mahluk halus ?
che petua says
Ya, itu salah satu jenis gangguan. Biasanya makhluk tu hanya nak main-main saja. Justeru, elok lah selalu kita amalkan ambil wuduk dan baca ayat-ayat Quran sebelum tidur. InsyaAllah, makhluk yang berniat jahat susah nak dekat.
Nor says
Assalamualaikum,
Baru2 ini ketika pulang dari perjumpaan ahli keluarga, semasa dalam kereta dengan cuaca hujan dan kenderaan bergerak perlahan, saya mula rasa mengantuk lalu tiba2 melayang, dalam masa yg sangat singkat itu saya bermimpi mencekik seekor ular dgn tangan kanan saya, ular tersebut marah menunjukkan taringnya. Kerana terkejut, saya pun terjaga. Bagaimana saya boleh bermimpi perkara seperti itu untuk waktu yang amat singkat. Pada malamnya, ketika hendak tidur, tiba2 kedua tapak tangan berasa kebas. Saya lihat ada macam sesuatu bergerak di atas tapak tangan, membengkak turun naik. Saya kejutkan suami minta beliau bacakan apa2 surah disebabkan keadaan saya uzur sambil mengurut tangan saya. Keadaan jadi normal keesokan harinya. Adakah ini gangguan? Terima kasih.
Yaya says
Kadang-2 sye tgh tgk tv tu sye pnye prasaan suruh tgk blakang . Lgipon dapur dgn toilet di blakang ble sye toleh sye nmpak seperti kelibat menjenguk pastu mrnyorok balik.
eafa says
kebanyakkan tanda-tanda tu ada pada saya. apa perlu saya buat? adakah itu saka? tolong saya.
al-isya says
Saya pun selalu rasa mcm tu..dah lama gk..tapi perasaan takut menjdi-jdi bila blik rumah…n time kt rumah sensorang selalu rasa mcm ada orang perhati..adakah saya patut pergi brjmpa orang perubatan Islam?
che petua says
Kalau ‘convenient’ untuk pergi dapatkan rujukan mereka yang arif berkenaan perubatan Islam, elok pergi lah. Ataupun kalau sukar atau kesempitan masa untuk pergi, elok ikhtiarkan dahulu sendiri-sendiri dengan perbanyakkan baca Quran dan solat-solat sunat supaya jin dan syaitan semua lari jauh. Apa-apa pun kita minta petunjuk dan perlindungan daripada Allah. Dia yang mengaturkan segalanya. Kalau tak mampu buat sendiri barulah kita berikhtiar minta bantuan daripada ustaz atau ustazah yang lebih arif dalam bab-bab ini. Rawatan yang dilaksanakan (sekiranya benar itu gangguan) kelak hanya akan berkesan jika Allah izinkan.
wendy luna wenn says
Dalam beberapa hari ni,sya selalu sakit bahagian belakang..dan pedih hulu hati..macam gastrik rasa sudah kritikal..malam pun kadang2 susah mau tidur…sampai pagi bru terasa mata mengantuk..
che petua says
Ada kemungkinan sebab badan tu masuk angin. Saya pernah alami keadaan sedemikian dan bila lepas bangun tidur bahagian belakang rasa lenguh dan sakit-sakit.
apple hijau says
salam admin .. sekarang saya acapkali keletihan .. bila tiba waktu ptg dan malam .. bdan saya menjadi sangat lemah dan tak bermaya .. terasa sangat letih .. antara tanda tanda yg admin bg tu ad sesetengah yg saya hadapi … adakah saya perlu berjumpa dengan pakar perubatan islam ???
che petua says
Ya, eloklah tu sebagai ikhtiar. Mungkin juga keletihan tu kesan daripada stress atau boleh jadi juga kerana perubahan hormon dalam badan. Orang wanita ni ada fasa-fasa peringkat umur yang akan berlaku satu perubahan fizikal dan rohani yang ketara bila umur menganjak daripada satu peringkat umur ke peringkat umur yang lain.
Tapi sepertimana yang diperkatakan di awal tadi, elok jugalah berjumpa dengan pakar perubatan Islam untuk mengenalpasti dan mengesahkan puncanya.
lala bella says
salam..sy bru je kna dlm bln 1 2015.ptma to seram sejuk mcm msuk dlm bdn smpai sy mcm sesak nfs dr to sy ingtkn gastrik. smpai skrg mnjadi2 kdg aq rasa mcm mbuk mau jtuh,skit tgn bdnyut2 kdg kaki,rasa tkt yg blbihn smpai neves jntungpn bdgup lju.sllu dtndih ktka tdr,mmpi anjing,kucing,baby,susukn baby,org pelik2, mmpi sy trbang,mmpi berak,mmpi org yg da mnggl kdg mmpi llki bgnti2 skakn sy.sllu tfkr tkt akn mati,ingatkn pktaan luca n byk lglh..sy solat 5 wktu dan berdoa alhamdulillah ada kurang skit tpi kdg mncul lg,kdg dlm kdaan solat rasa lemas 1 bdn mcm xbrmaya to pas hbs solat ok blk,kdg dlm tdo ttba kaki seram sjuk klo dbiar kaki mcm berat,kejang.. tolong! cmna ni?
che petua says
Salam LB. Daripada penceritaan, ianya dah kira kes serius. Ini senarai alamat pusat rawatan Darussyifa’. Kos rawatan adalah percuma tapi kalau nak beri sumbangan boleh juga. Kalau tak nak beri pun tak mengapa, diaorang ikhlas membantu.
InsyaAllah kat pusat rawatan tu nanti, akan diperiksa dahulu samada benar-benar gangguan makhluk halus ataupun gangguan-gangguan lain. Kita berikhtiar dengan izin-Nya, Allah menyembuh dengan kehendak-Nya.
Mr.fz says
Salam. Sekarang dah sebulan sy buat rawatan.. pergi klnik dn hospital, doc ckp xde pape. Tp sy sakit kpala yg amat.. slalunya lps asar. Tetiba akan pening. Pinggang sy sakit. Walhal sy xbuat keja berat pun. Nafas kdg kdg sesak, dada rasa gatal miang. Sy juga pnh muntah lps dgr yasin. Smpai skrg simptom ni ada. Kalo wktu mlm, sy susah tido. Wlpon ngntuk yg amat. Katanya sy disihir oleh rakan sekerja. Tp perubahan plng ketara, lps sy sakit ni. Dia dh tak tegur sy dan slalu ngelat bila jumpa sy.. kpd sesiapa yg boleh tolong sy.. mohon contact sy.. 0134350706
che petua says
Mula-mula sekali saya nasihatkan buang prasangka. Tak perlu fikirkan siapa yang punya angkara. Setiap kepayahan yang kita lalui, terima sebagai satu ujian dari Allah. Terima dengan sabar dan redha. In shaa Allah, moga-moga dengan kesabaran tu darjat kita angkat diangkat di sisi Pencipta kita. Ingat, tiap-tiap apa perbuatan, apa usaha, segala apa pun, termasuklah benda dengki, aniaya atau khianat orang lain terhadap kita… kalau Allah tak izinkan tak akan jadi. Bila dah terjadi, persoalannya kenapa Allah nak uji (kita)?
Doktor dah check tapi dikatakan takde apa-apa, tapi kena juga ingat doktor pun boleh terlepas pandang terutamanya kalau penyakit tu jenis yang ‘rare’ atau jarang sangat berlaku. Contohnya apa yang dihighlightkan dalam kes-kes cerita ‘House’ siri popular tv satu masa dulu.
Kalau benar lah ianya ekoran sihir dan santau, sebenarnya banyak doa-doa dan zikir yang boleh diamalkan untuk berdepan dengan kes sihir dan santau ni. Yang pentingnya kena yakin dan tawakal. Bila dah yakin, sebenarnya tak payah doa-doa panjang berjela, amalan kerap membaca al-Fatihah (penghulu segala surah) pun dah cukup. Sambil-sambil buat kerja, zikir, tasbih, tahmid, takbir, istighfar dan banyak sebut nama Allah. Seboleh-bolehnya sepanjang masa biar diri tu dalam keadaan berwuduk. In shaa Allah, moga-moga jin dan syaitan akan lari jauh-jauh. Kalau susah nak tidur malam, ambil positif… gunakan ‘kelebihan’ yang ada tu untuk solat tahjud atau baca Quran.
Jika ada usaha nak amalkan doa-doa yang sesuai untuk menangkis atau bagi tawar sihir tu, pergi kedai yang jual buku-buku agama tu dan tanya kat taukenya apa buku yang sesuai. Lebih baik lagi, selain daripada rujukan pada buku, elok juga kita belajar dengan ustaz atau tok-tok guru atau sesiapa sajalah yang arif dalam hal-hal begini. Ramai orang tua-tua dan ustaz-ustaz selalu pesan kat saya, belajar kena berguru kerna itu lebih berkat.
Bukan tak boleh ambil ilmu dari buku atau zaman sekarang ni sumber mudahnya dari internet, cuma nak bagitau ilmu yang diterima dari tunjuk-ajar dan bimbingan guru tu lebih keberkatannya. Bila dah berkat, maka lebih mujarab kesannya.
P/s: Ada masa-masanya bila saya berbual-bual dengan orang tua-tua, diberikan petua dan doa-doa untuk diamalkan. Kekadang bila dengar tu, dan selalunya tak sempat nak catit nota pastinya sekejap saja terlupa. Tapi tak lama kemudiannya, terjumpa doa yang sama dalam buku, sepertimana yang pernah disebut oleh orang tua-tua tadi.
Rara Aswirah says
Saya dan anak perempuan saya mengalami miang dibadan dah lebih sebulan. Yang hairan dibelakang badan yg gatal sangat. Badan anak perempauan saya pula habis luka macam dicakar kerana asyik menggaru. Dia seakan angin lalu, tiba-tiba hilang. beberapa jam pula gatal balik
Bantu Saya? says
Assalamualaikum, pertama sekali Saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak mengenai artikel di atas. Saya ini seorang yang begitu skeptik, kerana maklumlah, remaja dan orang muda zaman sekarang tidak begitu percaya benda ghaib. Tetapi, saya amat risau akan keadaan saya… Saya amat malu untuk mengakui, tetapi saya sering meninggalkan solat, tidak menutup aurat dengan betul, in short, hati ini terasa seperti gelap dan kelam. Akhir-akhir ini, saya sentiasa merasa lebih gelisah dan tertekan daripada biasa. Sometimes, I will experience the impulsive feeling of doing something really bad (like contemplating suicide and so on). Saya ingin dapatkan bantuan, tetapi saya takut. Saya tidak tahu bagaimana saya ingin memberitahu masalah saya kepada keluarga saya kerana saya masih di bawah umur… I am so scared… Please help..
mustaqim alumglass says
Salam.. sy ke klinik chek penyakit sy,doktor ambik darah sy dan chek sy ni x sakit pape pyakit…skrg badan sy panas kaki sejuk,hidup dgn keadaan x tenteram,tidor malam mmg x tdor..bila waktu malam dlm perut sy berbunyi dan basan rasa miang dan lesu…dh bnyak dh sy jmpa ustaz bomo semua…skrg sy habis ikhtiar dh..ape yg patut sy lakukan dlm keadaan sy sebegini? Terima kaseh..tolong sy 0145478815
liyana says
Assalamualaikum…sy slu akn mimpi benda2 yg akn terjadi..mimpi dipatuk ular..mimpi jatuh gaung.mimpi panjat bangunan..pastu sy sentiasa rasa takot tiba2…jantong berdegup laju..paru2 dan tulang rusuk slu sakit..waktu solat rasa berat ja badan..x bermaya..klu tdo pula mlm2 msti terjaga..kdg sy dengar ada org bisik nama sy tp bila tngok x da siapa pon..pastu alat2 elektrik mcm lampu dngn air cooler slu tertutup sendiri..kdg terpasang sendiri..kaki dngn tangan rasa berat ja..dulu sy jnis yg ceria..tp makin lama sy makin muram..makin menyendiri..rasa lemah..bila baca al-quran rasa mengantok…baju sy slu rasa berat dan sakit…pastu baru2 ni cg di skolah ada terlihat di cctv ada benda mengekori sy..padahal wktu tu sy jln sorang2…bleh bantu sy x?skrg sy bersekolah di tingkatan 5…
akma says
assalamualaikum..sis pun pernah terjadi benda mcm tu…tpi kte nak mtok tlg pd allah…akak dlu selalu bangun solat mlm..dan lepas setiap kali solat waktu,baca al quran..satu atau dua muka surat al quran sudh memadai..satu lgi..kne kuatkan semangat…allah tu akan tolong kte…