April 25, 2014

Tanda-Tanda Menopause

Soal Jawab Kesihatan

Soalan:

Saya dah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan kini mempunyai 3 orang anak termasuk yang bongsu berusia 5 tahun. Sejak saya menyambut hari lahir ke-40, perangai saya semakin ‘moody’ bila kedatangan haid.

Saya kerap kali bergaduh dengan suami. Seringkali juga saya mudah menangis tanpa sebarang sebab. Suami ada simptom menopausberitahu, kemungkinan saya mengalami perubahan menopaus. Tetapi kitaran haid saya nampaknya masih teratur dan saya tak pula mengalami simptom-simptom menopaus yang lain.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan:

Ketidakseimbangan hormon yang dialami sewaktu kedatangan haid merupakan penyebab biasa yang boleh menjadikan anda ‘moody’ iaitu adakalanya marah-marah dan ada masanya berasa sedih dengan tiba-tiba. Ianya boleh berlaku ketika haid dan juga ketika pra-menopaus. Kadangkala fenomena ini juga boleh berlaku kepada wanita hamil.

Ada juga kemungkinan anda merasa emosional kerana umur pun dah masuk era 40-an. Walau apa pun  sebabnya, masalah ‘moody’ ini boleh ditangani dengan amalan-amalan berikut:

  • Rehat secukupnya.
  • Makan secara teratur iaitu 3 kali sehari mengikut diet yang seimbang.
  • Elakkan pengambilan kafein.
  • Elakkan gula-gula dan manisan.
  • Bersenam secara berkala. Misalnya berjalan dengan pantas 4 kali seminggu (lebih elok ajak suami dan anak-anak untuk turut serta).
  • Lakukan senaman sambil bersosial, misalnya aerobik. Senaman akan mengeluarkan sejenis hormon yang menggembirakan.
  • Rapatkan diri dengan suami, pilihlah beliau sebagai tempat mencurah perasaan. Suami pula peru melapangkan masa untuk mendengar luahan hati isteri.
  • Banyak berdoa untuk kelapangan minda.

Sekiranya masih lagi rasa ‘moody’ walaupaun setelah melakukan amalan-amalan di atas selepas dua minggu, wajarlah kiranya anda meluangkan masa untuk mendapatkan konsultansi daripada doktor bagi mendapatkan rawatan kerana mungkin anda ada mengalami masalah kemurungan.

laman petua:

simptom pra menopause, tanda menopause, tanda monopous, tanda-tanda menopause, tanda tanda menopause
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. saraswathy says:

    umur saya 42thn saya ada seorang anak berumur 20thn….saya setiap bulan sakit perut bila haid keluar sampai tak boleh tahan dan low preasure saya teringin anak lagi tapi tak jadi apa saya boleh buat tolong saya

Speak Your Mind

*