Soal Jawab Kecantikan
Soalan:
Saya agak musykil dengan tarikh luput krim pelembap wajah? Adakah baunya boleh bertukar menjadi busuk walaupun tarikh luputnya belum berakhir?
Jawapan:
Sebenarnya krim atau losyen pelembap yang sudah dibuka lebih daripada setahun hendaklah dibuang serta-merta. Ini kerana bahan pelembap tersebut tidak lagi efektif selepas tempoh tersebut.
Namun semuanya bergantung juga kepada jenis bekas yang digunakan untuk menyimpan kandungan bahan tersebut. Jika ia disimpan di dalam bekas kedap udara, kandungan bahan pelembap itu tidak mudah dijangkiti sebarang bakteria yang boleh memendekkan hayat keberkesanannya.
nad says
setuju tuh..kadanng-kadang tangan kita pun ada bakteria..tak basuh tangan terus amik dan sapu kat muka..