Tekanan darah tinggi lazimnya akan dikaitkan dengan keadaan seseorang yang selalu rasa ‘tertekan’ atau ‘stress’. Namun, mungkin ramai yang tak sedar bahawa penyakit ini juga boleh berpunca daripada faktor-faktor lain.
Tanda-tanda tekanan darah tinggi
Bukan semua orang akan mengalami simptom yang sama. Selalunya orang yang ada darah tinggi, tak pernah tahu pun dia mengalaminya. Sebab itulah penyakit darah tinggi ini diketahui sebagai salah satu penyakit yang menyerang dalam diam.
Berikut adalah antara gejala yang sering kali dikesan di kalangan mereka yang telah disahkan mengalami tekanan darah tinggi:
- bengkak pada pergelangan dan jari kaki
- rasa lenguh pada bahagian tengkuk
- mudah sangat rasa penat dan tercungap-cungap
- pendarahan hidung yang kerap berulang
- adakalanya akan mengalami pendangan yang kabur
- mudah pening
- sakit kepala yang berterusan
- sering terasa seperti hendak pitam
Apa itu tekanan darah tinggi?
Seseorang itu dikatakan menghidapi tekanan darah tinggi atau ‘hipertensi’ apabila bacaan darahnya melebih paras normal yang sepatutnya. Seorang individu yang normal biasanya akan mempunyai paras darah 140/90 mmHg. Manakala bagi mereka yang ada penyakit kencing manis, paras darah yang normal bagi mereka ialah 130/80 mmHg.
Dalam pengukuran tekanan darah, terdapat dua bacaan. Tekanan yang lebih tinggi (ukuran bacaan yang di hadapan tu), merujuk kepada tekanan sistolik iaitu tekanan darah pada arteri (saluran darah) semasa jantung sedang mengepam darah.
Tekanan yang lebih rendah (ukuran yang di belakang) pula dipanggil diastolik, iaitu tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat. Maka beringatlah…
Siapa yang kena?
Tekanan darah tinggi adalah penyakit yang menyerang dalam diam dan biasanya menyerang individu yang berumur 30 tahun ke atas. Jika tiada pemeriksaan yang dilakukan, biasanya seseorang itu tidak akan pernah tahu bahawa dia menghidapinya. Menurut laporan, dikatakan hampir 40 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah tekanan darah tinggi.
Punca tekanan darah tinggi
Ada dua punca utama yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat serangan tekanan darah tinggi. Yang pertamanya adalah disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti kerosakan buah pinggang, penyakit berkaitan saluran darah (tersumbat) serta hormon seperti tiroid dan juga disebabkan pengambilan ubat-ubatan di luar kawalan. Tekanan darah tinggi yang berpunca sedemikian dikenali sebagai hipertensi sekunder.
Manakala, dikatakan pula hampir 50 peratus kes tekanan darah tinggi adalah tidak dapat dikenal pasti puncanya. Namun, kebanyakan doktor berpendapat ia turut disumbangkan oleh gaya hidup (dan gaya kerja). Hipertensi yang dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang ini dikenali sebagai hipertensi primer.
Punca-punca akibat ‘gaya hidup’ ini adalah yang sememangnya diketahui ramai iaitu kesan daripada:-
- stres dan tak cukup rehat
- tabiat merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
- berat badan berlebihan (obesiti)
- pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
Selain itu, tekanan darah tinggi sementara juga boleh berlaku di kalangan wanita mengandung. Walau bagaimanapun, ia biasanya tidak berkekalan kerana sebaik sahaja melahirkan anak atau setelah bersalin, tekanan darah akan turun ke paras normal seperti biasa.
Kesan Akibat Penyakit Tekanan Darah Tinggi
Apabila seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi, mereka akan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan lain. Justeru, jika ia tidak dikesan dari awal dan tidak pula dirawat sebagaimana sepatutnya, kemungkinan akan terjadi komplikasi-komplikasi berikut:
Strok atau angin ahmar. Berlaku apabila saluran darah ke otak tersumbat dan bocor. Ia kemudiannya pecah dan menyebabkan serangan strok.
Serangan jantung. Saluran darah yang berkaitan dengan jantung tersumbat dan gagal berfungsi.
Kegagalan jantung. Jantung tak dapat mengepam darah dengan secukupnya dan mengakibatkan terjadinya masalah penyakit lemah jantung.
Kerosakan anggota lain seperti buah pinggang dan mata yang berlaku akibat aliran darah ke bahagian tertentu atau seluruh tubuh terjejas.
masllin says
saya mendapat darah tinggi pada tahun ni iaitu 2014 . umur saya baru 17 tahun . kenapa boleh jadi macam ni ? nak kata kan parent . ibu bapa saya memang takde la . kalau keturunan , rasanya pun takde . bahaya tak kalau kena darah tinggi masa usia-usia macam ni ?
Farha says
bergantung pada pemakanan. skrg ni, even kurus pon macam2 penyakit dok ada
zack says
kalau kencing manis sebab gula banyak tapi untuk darah tinggi ni sebab garam banyak