Kaki orang pompuan tak sama ngan kaki lelaki. Ini kerana kaki perempuan lebih banyak mengandungi lemak daripada kaki lelaki disebabkan oleh ‘estrogen’.
Estrogen ialah hormon seks utama yang terdapat pada wanita. Hormon inilah yang menyumbangkan kepada perbezaan fizikal dan bentuk tubuh antara lelaki dan wanita seperti buah dada, pelvis yang lebih lebar serta kandungan lemak yang
lebih di bahagian punggung, peha dan pinggul.
Pada masa yang sama, untuk pengetahuan korang, sebab hormon estrogen lah orang perempuan mempunyai bulu badan yang lebih sedikit berbanding orang lelaki. Selain itu, ia juga membuatkan kulit wanita lebih halus.
Apa pun kita tetap juga kena ‘maintain’ kehalusan kulit tu. Bila dah terdedah kepada pelbagai keadaan persekitaran dan kerap sangat berjalan.. hmm.. kaki Miss World pun boleh hilang serinya.
Untuk mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit kaki kenalah selalu pakai losyen pelembap. Memakai pelembap ni ada caranya. Jangan main gosok jer.. hehe..
Seeloknya sapu losyen pelembap mengikut arah bulu kaki. Sebaik-baiknya ialah dengan menyapu dan menggosok secara sekata dari bahagian atas ke bawah.
Selain tu jika korang mengalami masalah kaki bersisik, eloklah juga cari krim yang sesuai. Kalau nak jimat atau tak dapat nak cari krim yang sesuai cuba amalkan menyapu kulit kaki dengan minyak kelapa atau minyak zaitun.







