Orang wanita cukup teliti dalam hal penjagaan kecantikan. Zaman sekarang nie lelaki pun sama lah kot…
Sesetengah orang tu sanggup berbelanja ratusan ringgit sebulan untuk membeli pelbagai jenis krim yang bermacam-macam jenama semata-mata nak dapatkan kulit yang gebu dan licin bak sehalus kulit bayi. Ada yang berhasil dan ada juga yang hasilnya setakat so-so jer…
Hmm… apa gunanya berhabis wang yang banyak kalau hasilnya tak memuaskan? Baik pakai bedak sejuk jer.. ahaks…
So, kali nie che petua nak kongsi satu lagi tips kecantikan yang che petua temui. Petua mudah untuk melicinkan kulit tanpa perlu berbelanja besar. Err… tapi bagi yang ingin mencuba elok dipastikan dulu yang korang tak ‘allergic’ ngan tomato… sebab petua nie pakai tomato.
Ada ker orang yang allergic dengan tomato?? Hmm.. setakat ni che petua tak pernah dengar ataupun terbaca lah lagi kat mana-mana hatta dalam majalah mastika pun 🙂 Anyhow, ambil sajalah pesanan ini sebagai satu amaran, kalau allergic ler.. Kalu takde masalah ngan tomato, ayuh kita teruskan dengan petuanya…
Petua Licinkan Kulit Dengan Tomato
Satu cara mudah untuk melicinkan kulit ialah dengan menggunakan buah tomato.
M.Onya ambil sebiji tomato yang telah masak. Bersihkan tomato tu dulu kendian belah kepada dua bahagian. Ambil seblah bahagian dan sapukan ke muka dengan rata. Lepas tu biarkan ia kering selama beberapa minit. Bila dah agak kering, basuh muka dan keringkan dengan tuala bersih.
Tomato yang lagi sebelah tu, korang makan mentah ataupun buat jus untuk minum. Cuba amalkan petua nie setiap hari. Biasanya lepas 2 minggu akan nampak hasilnya, insyaAllah.
kumekite says
salam…
tapi ad 1 masalah lg, i mmg rjin buat mmg kulit licin and lembut je tapi black heat tak mau hilang lah
tolong bagi petua ..
Teotira says
aslm kak nak tnye tomato yg masak tu cam ne
che petua says
Tomato yang warna merah 🙂
mama aisyah says
Betul tuh, saya pun suka buat masker tomato. Senang nak cari bahan dan hasil yang cepat. Lepas basuh, lap2 muka, dah terasa muka licin jer.
PARK JIHOON says
“Biasanya lepas 2 minggu akan nampak hasilnya”
^ kene buat brp kali dlm seminggu?