December 21, 2014

Tona Kulit Muka Tidak Sekata

Soal Jawab Kesihatan

Soalan:

Saya masih lagi menuntut di sebuah insititusi pengajian tinggi dan sering terdedah kepada cahaya matahari ketika berulang-alik dari hostel ke dewan kuliah dan melakukan aktiviti luar. Sejak berada di universiti, saya mulai perasan bahawa kulit muka saya banyak mengalami perubahan. Ia kini kelihatan berbalam-balam dan tidak sekata.

Dah banyak produk krim yang saya cuba, tapi masih belum nampak sebarang kesan positif. Apakah langkah terbaik yang perlu saya lakukan? 

Jawapan:

Kulit berbalam-balam dan tak sekata di muka boleh disebabkan oleh beberapa faktor selain daripada pendedahan yang kerap dan terlalu lama terhadap sinaran matahari.

Anda mungkin menghadapi masalah pigmentasi yang berlebihan atau pun berkurangan. Masalah radangan atau inflamasi (sebab terdedah pada bahang sinaran matahari) juga mungkin menjadi penyebab. Alahan pada krim atau kosmetik yang dipakai juga boleh menjadi puncanya atau memburukkan lagi keadaan.

Bergantung kepada penyebab, terdapat rawatan samada krim atau ubat makan yang boleh membantu. Cara terbaik ialah berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan berkesan. Ini lebih baik daripada mencuba krim yang dibeli di kedai yang mungkin tidak sesuai atau serasi dengan keadaan kulit anda.

laman petua:

tona kulit tidak sekata, cara menghilangkan tona kulit tidak sekata, petua tona kulit tidak sekata, petua tona kulit sekata, petua menghilangkan tona kulit tak sekata
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. veronica says:

    muka saya tdk begitu cerah dan berseri dan ada pula timbul nya tona yg tak sekata

  2. ain shazana says:

    tona kulit muka saya tidak rata. bagaimana untuk saya menyamakan tona kulit saya kembali?

Speak Your Mind

*