che petua rasa korang semua tentu dah tahu paras kolesterol yang tinggi boleh ‘mengundang’ berbagai jenis penyakit lebih-lebih lagi sakit jantung. Jadi, salah satu cara terbaik nak elak sakit jantung ialah dengan menjaga kadar kolesterol dalam darah kita supaya ia kekal normal.
Hmm.. cakap memang lah senang kan, tapi nak mengamal dan berpantang tak makan benda-benda yang banyak kolesterol nie bukan mudah.. hu..hu.. che petua pun macam you all gak ler.. selalu ber’pantang’.. pantang tengok..! Mesti nak makan.. hehe..
Kalau korang nak tahu sebenarnya ada satu bahan yang dapat membantu menurunkan kolesterol yang selalu dijadikan bahan perencah dalam makanan iaitu bawang putih.
Menurut kajian oleh mereka yang cerdik pandai, dengan mengambil satu atau satu setengah ulas bawang putih setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 9%. Bawang putih membantu menurunkan kolesterol kerana ia mengandungi senyawa allicin yang berfungsi mengawal kadar kolesterol dalam darah.
Hmm.. bagi mereka yang sanggup makan bawang putih tu mentah-mentah setiap hari rasanya memang terbaik lah kot.. hehe.. Tapi kalau tak sanggup nak makan mentah leh cuba buat acar bawang.
Acar Bawang Turunkan Kolesterol
Bahan-bahan (sesuai untuk 4 orang makan)
Kaedah membuatnya memula tu campurkan 250mil air dengan gula dan garam, kacau dan masak sehingga mendidih. Lepas tu tutup api, biar ia sejuk sedikit dan kemudian pindahkan air tu ke dalam balang.
Bila ia dah tak begitu panas dah, tambahkan jus lemon, bawang putih dan cili dan tutup dengan kemas. Lepas tu simpan dalam peti ais. Hmm… bila nak makan nasi tu, korang tahulah apa nak buat kan.. hmm.. dah meleleh dah air liur nie.. hehe…
nord says
saya memang suka makan acar bawang..kiranya ‘hantu’ la kalau nampak acar bawang ni. Selain sedap dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, kira baik la pemakanan kita kan
juliza mhd sarif says
tq sharing..petua baru buat acar bawang…saya tak pernah buat lagi..
ada masa free, jemput datang blog saya…
http://www.sihatantural.blogspot.com
syuhada amir says
Tq sharing…baru tahu…:)
Sue says
Tq.. info yang sangat bagus.
Saya juga pernah mengalami masalah kolesterol tinggi ni.
Kolesterol saya pernah mencecah 5.8
Cuak sangat masa tu.
Tapi selepas mengambil supplement secara konsisten, makan oat, alhamdulillah kolesterol saya kini dah tinggal 4.1
Azeni Ahmad says
Bawang putih memang bagus pun. Bukan setakat antibiotik sahaja membantu tapi bagus untuk saluran darah.
Nice tips..