April 19, 2014

Warna Air Kencing

Suatu masa dahulu, ada satu makluman berbentuk iklan berkaitan kesihatan yang kerap dipaparkan di tee vee. Hmm.. boleh kata femes jugak ler iklan nie yang antara ayat yang menangkap otak ialah “Air kencing saya ada bercampur dengan darah lah…” Haa.. ingat tak iklan tu… Kalau tak ingat maknanya korang nie bebudak kecik lagi ler masa tu hehehe…

Selalunya tak ramai yang nak ambil tahu tentang tanda-tanda perubahan pada badan kita nie. Walhal ia sebenarnya warna urinberguna untuk menunjukkan sebarang gejala penyakit pada peringkat awal lagi. Kan ke ada pepatah mengatakan “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”…

Salah satu tanda yang paling senang kita nak detect samada badan kita nie okey ker tidak ialah tengok warna air kencing. Contohnya bandingkan air kencing korang waktu tengah demam dan pada waktu sihat.. ada beza kan…?

Warna Urin

Air kencing sepatutnya berwarna keperangan yang menunjukkan seseorang itu sihat. Walau bagaimanapun, tahap keperangan atau kekuningan kat air kencing tu boleh jadi berbeza bergantung kepada jumlah air yang dia dah telan.

Seseorang yang minum banyak air (sepertimana yang disarankan oleh kebanyakan doktor) maka lazimnya air kencingnya akan kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan bahawa individu itu sihat wal’afiat.

Tapi kalau badan kurang air atau dalam keadaan dehidrasi, air kencing akan berwarna perang gelap. So, eloklah cepat-cepat pergi minum air dua tiga botol.. hehe..

Selain faktor warna, elok juga ler tengok tanda-tanda lain kat air kencing tu. Satu contoh yang kerap che petua dengar  ialah seseorang yang ada kencing manis (tahap yg dah agak kronik), tak lama lepas buag air kecil mesti toilet bowl tu dikerumuni oleh semut… biasanya semut hitam.

Tanda-tanda lain pada air kencing kalau ada yang tak kena ngan badan juga termasuklah bau yang kurang menyenangkan(err.. tak termasuk bau petai dan jering), tompokan darah atau warna-warna lain yang tak ada kaitan dengan makanan, ubat-ubatan atau sebarang supplemen yang diambil. Kalau dapat detect apa-apa yang berlainan eloklah cepat-cepat gi jumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

 

laman petua:

warna air kencing yang sihat, warna air kencing, air kencing tidak berwarna, tanda warna air kencing, tanda kencing bau
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*